Macam mana nak berjimat cermat?

Assalamualaikum.

Dulu, zaman saya budak-budak, ayah selalu bercerita kepada saya yang semasa zaman ayah budak-budak, harga barang-barang sangatlah murah. kagumnya saya waktu tu..
Sekarang bila dah besar gajah macam ni, teringat balik cerita ayah tu.
Mungkin cerita yang sama akan saya ceritakan kepada anak saya bila diorang dah besar sikit nanti.
“Jajan ni, zaman ayah kecik-kecik dulu, 20 sen jek tau harganya“..

Itulah realiti kehidupan.
Kalau dulu-dulu, RM10 ringgit dah boleh beli macam-macam,
sekarang ni, RM50 pon dah tak berapa nampak barang-barang yang boleh dibeli.
Kalau dulu-dulu, sayang nak pecahkan sekeping duit RM10 sebab takut cepat habis,
sekarang ni, sekejap jek boleh habis sekeping duit RM10 tu.

Memandangkan RM RM boleh mengalir laju untuk dihabiskan, tapi mengalir lesu untuk dapat,
apa kata kita cuba berjimat.
Buat yang ingin berjimat, mungkin kita boleh guna idea saya di bawah ni.
(idea jek tau..kalau ada salah dan silap, meh sama-sama kita betulkan).

1. Kurangkan makan di luar.
    – Cubalah masak dan makan di rumah. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai.
   – Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah.
(Saya zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap hari bawak bekal yang mak masak. 50 sen yang ayah kasi, boleh di simpan).

2. Order air kosong
     – Kalau takde pilihan, kena makan kat luar juga, apa kata untuk minuman, order je air kosong.
Banyak beza harga di antara air kosong dan milo, sirap,air buah dll.
(Segan nak minum air kosong di kedai makan? wah..kita kan tengah bersembang tips untuk berjimat ni..hehe)

3. Kurangkan makan di Fast Food.
     – Zaman sekarang ni, KFC, McDonalds, Pizza dll (sekadar menyebut beberapa contoh) bukanlah restoran yang asing bagi kita di Malaysia. Hampir setiap orang pernah makan di sini. Kepada yang kerap makan di restoren seperti ini, bolehlah kurangkan ye lepas ni…Kalau biasa makan sebulan 2 kali, cubalah kurangkan jadi sebulan sekali.

4. Merokok?
     – Bab ni maybe sensitif sikit.hehe.
       Tapi kalau dapat berhenti merokok, memang banyak sangat jimatnya.
       Bukan kurangkan merokok tau, berhenti terus. Ada berani? hehe.. :)

5. Jimatkan air dan elektrik
    – Macam mana nak jimatkan air?
        i. Tutup air sewaktu gosok gigi.
           Biasanya orang suka biarkan air mengalir di singki ketika gosok gigi. Apsal ye?
       ii. Tutup air ketika bersabun
           Kalau mandi guna ‘air hujan’ tu, tutup lah sekejap air sewaktu bersabun. Kan dapat jimatkan air..

   – Macam mana nak jimatkan elektrik?
      i. Tutup kipas dan lampu di tempat yang tidak digunakan.
          Tengok TV kat ruang tamu, tapi kipas dalam bilik tidur yang takde orang tu terpasang. Kan dah membazir elektrik tu.
     ii. Seterika baju dalam kuantiti yang banyak untuk sekali seterika.

OK. 5 dulu idea dari saya.
Kawan-kawan ada idea lain tak yang bernas?
Meh berkongsi idea di sini.

  1. mat det, hang dah berenti hisap rokok ka? baguih baghuih

    • Zaza
    • April 22nd, 2010

    Salah satu ideanya,

    Bawa bekal, pakat dgn kekawan office yg lain 1 org bawa 1 jenis lauk. Bawa periuk nasi kecil & kongsi dgn kekawan office beli beras. Setengah jam sebelum lunch gi masak nasi (selalunya sesiapa yg tak bawa/lupa bawa bekal la gi masak nasi/yg keje tak berapa banyak). Lunch hour makan nasi panas & lauk yg di bawa dari dapur yg berbeza-2……banyak jimat duit macam ni. Selalunya sebelum balik rumah kita siap beremail tanya ape nak masak malam nanti so boleh masak lebih nak bawa office esoknya.

    Sebelum ni RM50 akan habis dalam 2-3hari….tapi semenjak bawa bekal RM50 masih ade balance sampai next weeknya.

    Cuba la……

    • cik zaza, idea yang menarik ni..dapat save rm50 seminggu, memang berbaloi-baloi.. :)

    • MHDan
    • April 22nd, 2010

    Tambah sikit, kalau mandi tu tadah air, bolih buat jurus jamban lepas membuangkan
    itu idea juga tu…..kan.

    • cik MHDan, setuju..!!! idea yang menarik jugak ni.
      rasanya banyak juga dapat jimatkan air dengan cara ni.

    • Nik Karami
    • April 22nd, 2010

    Waalaikumussalam,

    5. Beli barang dgn cara cash. Jgn hutang.

    • encik nik, ha ah kan.. berhutang memang membebankan. bulan ni berhutang, bulan depan berhutang..
      bulan depan2, nak kena bayar hutang + berhutang lagi..aduyai!!!

    • Azlin
    • April 22nd, 2010

    4. Merokok?
    alhamdulila dari sekotak sehari skrg 10 kotak utk 14 hari
    dan haramkan diri sendiri merokok dlm umah dan kereta sb ade anak

    > jangan buka petis terlalu lama atau kerap membukanya
    dan jangan ganggu plugnya (berkongsi plug)
    biar dia sentiasa on

    • cik azlin, wah…ok la tu. nanti kurangkan lagi separuh ye. :)

      setuju..jangan bukak peti ais lama2

  2. salam. terima kasih tinggalkn komen di blog sy..

    sy nak tmbh la skit..

    1. senaraikan brg2 yg nak dibeli dan pastikan brg2 yg nak dibeli tu betul2 diperlukan (keperluan), bkn kehendak semata2

    2. ms gi beli brg tu, terus tuju tmpt brg yg nak dibeli…brg2 lain yg tak berkaitan..pejam2kan mata..ehe..

    3. bwk bekal dr rumah

    • cik nadiah, your welkem. :)

      betul tu.buat list untuk senaraikan barang2 yang nak dibeli, mmg dapat menjimatkan banyak wang kita.

      kawan-kawan, cuba lah tips listkan barang-barang yang nak dibeli tu..

  3. p keja naik moto,…
    jgn nek kete…
    dpt kurangkan kesesakan bagi yang kat bandar…
    dpt berjimat dari minyak…
    cepat sampai…

    • betul jugak tu..banyak kelebihan naik motor ni..
      mmg byk jimat compare to keter kan..

  4. Tambahan kepada no 5.
    Jimatkan air dan elektrik.

    1)Kumpul sebanyak mungkin baju dan pakaian yang nak dibasuh.Basuh seminggu sekali.jgn membazir dengan basuh skit2.

    2)Jimatkan penggunaan elektrik.Cabut smua plug selepas kegunaan alat elektrik.ini boleh menjimatkan elektrik anda sehingga 70%!!!.

  5. ukur baju kat badan sendiri…

    jgn folo kawan2 jek.. ahaks.. agak2 x mampu.. abai kan dulu..

    kenalpasti yg mane keperluan.. yg mane kemahuan

  6. aku bg tip memang mudah….
    biarkan dompet anda kosong. kurang² tinggal 5 hinggit aje…
    sbb aku penah berjimat mcm tu.
    memang berbaloi…

    • zan
    • April 23rd, 2010

    nak beritahu sikit bab peti sejuk ni ramai yang tak tahu sebab bagi kita dia kena on 24jam tah berapa tahun on nak tutup pun kalau ada fros atau kotor sebenarnya ni salah .peti sejuk kena off tarik plug tu kalau boleh 2 bulan sekali tak yah la buka pintu biar dalam 30minit kemudian on balik ni untuk safety dan boleh juga save electrik ni yang bahagian keselamatan dok bagi tahu tapi ramai yang tak dapat info ni.

  7. Saya baru jer lawat web ni. Idea yang mudah faham dan senang diikuti. Saya teringat satu idea dalam Buku Saudara Azizi Ali iaitu Makan Dulu sebelum Shooping dan beli barangan yang benar-benar perlu sahaja.

    • makan dulu sebelum shopping tu camne ye?
      ada beza tak ngan makan selepas shopping?

  8. kok saya agak kesulitan memahami postingan ini, arti berjimat mungkin berarti berhemat ya?

    • Amat
    • April 26th, 2010

    NIE DARI AMAT…

    JANGAN TERLALU BANYAK:
    1. MAKAN ANGIN
    2. CONVOI BERKERETA
    3. KURANGKAN TENGOK WAYANG…HEEHEHE BAGI YANG TAKSUB..
    4. ALAT2 MEKAP…BE A NEUTRAL
    5. PEMBELIAN MAJALAH YANG TAK BERKAITAN…
    6. PENGUNAAN TELEFON…..SMS AJER..HEHEHEHE
    7. TAK PAYAH PASANG ASTRO..HAHAHAHA TGK SIARAN YG ADER JER

    KIRA PERBELANJAAN SEBULAN…
    TENGOK MANER YANG PERLU DIBELI DAN YANG X PAYAH
    CATAT APER YANG TELAH DIBELANJA SETIAP HUJUNG MINGGU…

    TAPI SEMUA NIE TERLETAK DALAM HATI MASING2
    KALAU DH MEMANG BOROS….SOOO…X LEH WAT APER2 LA…

    WASALAM..INGAT/ FIKIR SEBELUM BELI.

  9. salam..saya tertarik dgn tips berjimat nih sb saya dah berhenti kerja utk jd surirumah so..pendapatan isirumah merosot.:) tapi upernya byk leh jmt bl jd surirumah..
    1-sy breastfeed ank dh 2 thn tanpa susu formula
    2-sy msk sendiri kat rumah, mkn luar jrg sesangat
    3-sy mula tnm sndiri lada, kunyit, lengkuas,serai..so jimat(tnm dlm pasu jer)
    4-saya pkai napkin utk anak, 1jam sekali tukar..(jimat utk pampers, kebersihan kulit ank terjaga)
    5-x pyh byr nursery
    6-husband pkai mtr jer g kerja
    7-kos brgan kosmetik pun krg sbb kurang bermekap..hehe
    8-x perlu bj baru tiap2 bulan sbb x kerja
    9-bila pemakanan,kesihatan dan kebersihan rumah dan keluarga kita pantau sepenuhnya..keluarga lebih sihat, jrg sakit so kos utk perubatan lebih jimat..(selalu tgk ank2 kwn yg dihantar ke nursery selalu skt)…
    10-bila kita tak kerja, kita lg mudah faham yg mana kemahuan dan yg mana kehendak (keprluan rumah) sebab kita tak terikut cerita kwn2 kat tempat kerja..(ni pengalaman..)

    tapi aperpun terpulang kpd individu, saya dan suami dapati lebih byk menda yg kami dpt jmtkan bila sy jd surirumah..suami pun suka sy jd surirumah..ada org sambut bila balik kerja.

    • salam eily..
      wah..byk jugak ye dapat jimatkan bila dah jadi suri rumah..

    • amiwany
    • April 28th, 2010

    Salam….bguih btl tips2 kt sini…sempoi tp brmakna..1 tips yg sy nk kongsi utk jimatkan tong gas kt dpur..klu yg surirmh msk siap2 utk lunch n dinner….org kita ni biasa mlm pun mkn nasi kan so x slh nya lauk yg sama utk 2 sesi mkn…n masa msk tu guna api yg sederhana…anyway yg pntg mmg kena didik ank2 dr kecik utk menghargai nilai wang…

    • hi amiwany..
      betul jugak tu..dapat jimat gas & masa sekali.. :)

  1. April 29th, 2010

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: