Posts Tagged ‘ kepentingan kad kredit ’

Kad Kredit – kepentingan dan risiko!!! perlu ke ada kad kredit ni?

Assalamualaikum.
Saya selalu nasihatkan kawan-kawan saya agar mempunyai satu kad kredit untuk kegunaan sewaktu kecemasan. KENAPA?

images (1) 

Kad kredit, adalah nama moden untuk buku hutang. Betul tak? Kita sering menggunakan kad kredit untuk berhutang, dan membayar kembali hutang tersebut dalam satu tempoh waktu tertentu. Maksudnya, kad kredit dan buku hutang ada persamaan. Kan? Cuma mungkin nama kad kredit, nampak lebih hebat berbanding kalau dinamakan kad hutang. :)

Seringkali kita dapat dengar rungutan tentang masalah hutang akibat penggunaan kad kredit. YA BETUL. Kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba hutang jika tidak diuruskan dengan betul.

Gunakanlah kad kredit secara yang sebetulnya. Pasti kad kredit akan menjadi pembantu anda, bukannya perosak anda.

iryouhi

Meh kita samakan kad kredit dengan intenet. Dan kita menyalahgunakan intenet tersebut. Intenet yang sepatutnya digunakan sebagai media untuk mencari ilmu, menjalankan perniagaan intenet, perbankan dan lain-lain kegunaan yang mendapatkan faedah, telah digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang dan tidak berfaedah.

Contoh : menggunakan intenet untuk melayari halaman web lucah, mencari dan membaca cerita lucah, menyebarkan fitnah dan lain-lain perkara yang merosakkan. 

Jika dilihat dari kontek contoh di atas, pastinya intenet adalah satu media yang mendatangkan keburukan kepada penggunanya. Betul tak?

Begitu juga lah dengan penggunaan kad kredit. Dalam keadaan tersesak, kadang-kadang kad kredit dapat membantu kita.

Meh saya berikan contoh kebaikan menggunakan kad kredit yang berlaku pada diri saya sendiri.

Pada cuti raya cina 2 tahun yang lepas, anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital pakar. Saya boleh claim ataupun dapatkan GL untuk kos perubatan anak-anak saya di syarikat saya bekerja. Namun, memandangkan hari tersebut adalah hari cuti panjang raya cina, saya terpaksa membayar sendiri terlebih dahulu.

Di sini lah kad kredit dapat membantu saya. Dah dapat duit claim, saya bayarlah hutang kad kredit tu.

Banyak lagi kebaikan menggunakan kad kredit. Jika dilakukan dengan cara yang betul.Boleh para pembaca senaraikan lagi contoh-contoh kegunaan kad kredit di masa kecemasan?

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.