Pengaliran keluar masuk wang

Assalamualaikum.

Sebagai mukadimah untuk posting pertama blog ini, meh kita berkenalan dengan pengurusan kewangan yang biasa kita tahu tapi jarang kita lakukan.

Pengaliran keluar masuk wang

Bagaimanakah kita menguruskan kewangan kita?
Adakah kita menyimpan untuk masa depan dan juga untuk kecemasan? Adakah kita berbelanja dahulu, bakinya baru dijadikan simpanan atau, menyimpan dahulu dan bakinya dibelanjakan?
Pernah tak kita melihat/mengira aliran keluar masuk wang kita?

Mari kita kira perjalanan keluar masuk wang kita dalam tempoh bulanan.

Aliran Masuk:
1. Pendapatan Tetap
Berapakah pendapat bulanan kita? Berapa pula pendapat tahunan kita? RMxxxxx

2. Pendapatan sampingan
Adakah kita mempunyai sumber pendapatan yang lain selain pendapatan tetap?
Jika ya, berapakah pendapatan sampingan kita dalam sebulan? RMxxxxx

Aliran Keluar:
1. Perbelanjaan Tetap
Jumlah yang wajib di bayar setiap bulan dan jumlahnya adalah tetap pada setiap bulan.
Contoh perbelanjaan tetap : Sewa/ansuran rumah, ansuran kereta, insuran

2. Perbelanjaan Wajib tapi jumlah berubah setiap bulan
Contoh : Bil elektrik, Bil air, Bil telefon, barang keperluan rumah seperti beras, ikan, ayam dll.
Walaupun jumlahnya adalah berubah setiap bulan, tapi kita boleh mendapatkan anggaran.

3. Perbelanjaan Sampingan
Banyak wang kita mengalir di dalam perbelanjaan sampingan ini, yang mana kadangkala kita tak perasan. Sedar-sedar, wang sudah habis dibelanjakan.
Contoh : Fast Food (KFC,McD, Pizza dll), Sukan (Bowling,Futsal, Badminton dll), Alat make-up

Daripada contoh-contoh aliran keluar masuk wang di atas, kita melihat keadaan ‘kesihatan’ kewangan kita.
Bagaimana kesihatan kewangan anda? Plus atau Minus?

Jumpa lagi untuk ulasan kewangan dalam posting yang lain.

Ada permintaan untuk tajuk posting berikutnya dari para pembaca?

  1. Kesihatan kewangan … okla buat masa nie..tapi kadang2 ada unexpected berlaku… itu yang jadi kelam kabut tuh… so , kena la buat budget dengan lebih sistematik….🙂

    • betul tu zik..
      perkara-perkara yang diluarjangkaan ni kadang-kala ‘mengsakitkan’ kesihatan kewangan kita..
      sebab tu perlu ada simpanan untuk kecemasan.

  2. Ade baca pasal benda ni dalam RDPD, by R.T.Kiyosaki..Benda ni sbnarnye amat fundamental untuk kita tau. In fact, asas ini harus dipupuk dan dipraktikkan supaya kita tak terjerumus dalam equation ni: assets < liability

  3. mengatur uang sepertihalnya kita memegang belut…sangat licin, kalau tak pandai maka ia akan terlepas..hehehe

  4. setuju..
    wang sangat senang utk terlepas🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: