Menabung : Paksa atau Rela?

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di ruangan Bicara Kewangan Anda.
Hari ini saya mengambil ‘Tabung‘ sebagai topik perbincangan.

Berapa ramai agak-agaknya di antara kita kat sini yang mempunyai tabung? Apakah kebaikan menabung?
Bagaimana untuk mendisplinkan diri dalam menabung?

Perasan tak, apabila kita membeli sesuatu, biasanya harga barangan tersebut mempunyai nilai sen?
Contoh : RM1.30, RM8.70, RM95.30, dll
Dan… kita akan membayar dalam nilai genap. RM2, RM10, RM100, dll Baki wang syiling yang kita dapat tu, ke mana menghilang?

Adakah kita belanjakan syiling-syiling tersebut?
Adakah kita masukkan ke dalam dompet/handbeg?
Adakah kita masukkan ke dalam poket seluar?
Ha..apa kata kalau syiling-syiling tu di masukkan ke dalam tabung?

Untuk kes saya sendiri :
Biasanya duit syiling yang lebih-lebih dari berbelanja harian, saya akan masukkan ke dalam tabung.

Target : lepas 2,3 bulan – bila tabung dah penuh – bawak anak bini pegi makan sushi kat sushi king. So takde lah terasa berat sangat nak tampung kos makan sushi.. sekali sekala kan..πŸ™‚

Kawan-kawan pulak macam mana?
Ada tak yg suka menabung dan ada target tak duit tabung nak guna untuk apa?
Meh berkongsi pengalaman kat sini.

Jom menabung…

  1. Jom menabung… sekarang duit syiling ada dekat 3 ratus gakla… nak simpan lagi nie… yeahhh

    • wah zik..byk dah dalam tabung tu..
      transfer lah ke tempat simpanan yg ada dividen macam ASB, Unit Trust dan Tabung Haji

  2. salam saya baru sahaja jenguk blog ni dan sekarang dalam sehari mesti spare syiling dan RM1 untuk ditabungkan…duit tu nak buat sebagai simpanan tetap dan bolehlah setakat RM100 sebulan..tapi berbaloi daripada duit tu hilang ke mana

    • Hi mhnizam..
      setuju..
      mmg berbaloi daripada hilang ntah ke mana.πŸ™‚

  3. salam..
    huhu..
    suri menabung kat amanah saham je..kat buku simpanan tu..

    nanti apa2 hal kcmasan blh le guna..

    utk anak mmg suri dah bukan akaun utuk dia.masuk bsn tu..dmi masa dpan dia..πŸ˜‰

    • bagus tu suri..berpandangan jauh utk masa depan anak-anak

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: