Insuran – Perlu ke? Atau agen insuran tu tipu jek…?

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup pasti akan mati. WAJIB. Manusia takkan hidup kekal selamanya.
Manusia MUNGKIN sakit. Berapa peratuskah manusia di dunia ini yang TIDAK PERNAH sakit sepanjang hayatnya?
Manusia juga SESEKALI terpaksa dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan oleh sakit.

doktor

Adakah terdapat di antara para pembaca yang ingin menafikan fakta-fakta di atas?
Ingin mengaku “saya tidak akan mati” ?
Ingin mengaku “aku PASTI takkan sakit” ?
Ingin mengaku “aku YAKIN, aku tak akan dimasukkan ke dalam wad di hospital untuk mendapatkan rawatan” ?

Mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah sakit, mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Malang tidak berbau. Tiada siapa yang boleh meramalkan masa depannya.

aoi_kasa-11

Oleh itu, timbullah pepatah melayu, yang berbunyi, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Kita tidak tahu bilakah hujan akan turun. Namun, jika kita dah sediakan payung awal-awal, payung tersebut dapat membantu kita sekiranya hujan turun. Bukan sekadar hujan, malah payung juga kadang-kadang digunakan ketika panas terik. Tak rugi sediakan payung awal-awal. Setuju tak?

Begitu juga jika payung tersebut dianggap sebagai insuran.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis insuran yang boleh kita perolehi? Di sini saya senaraikan beberapa jenis insuran yang biasa ditemui.

1. Insuran kereta/motor – saya rasa insuran jenis ini, hampir semua orang tahu. Kepada pemilik kenderaan, kenapakah anda memiliki insuran untuk kereta anda? Adakah kerana kesedaran anda terhadap pentingnya insuran jika berlaku sesuatu kemalangan ke atas kenderaan anda, ataupun disebabkan oleh undang-undang?🙂

2.  Insuran nyawa / Life Insurance – pernahkah anda dengar tentang insuran ini? Insuran nyawa adalah sejenis insuran yang akan memberikan pampasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas pemilik insuran tersebut seperti kematian, kehilangan keupayaan secara kekal atau mengidap penyakit kritikal.

Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

3. Medical Card – medical card adalah satu jenis insuran yang akan membayar kos rawatan perubatan di hospital sekiranya pemilik medical card tersebut dimasukkan ke dalam wad hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Di antara sebab-sebab perlunya Medical Card :
i. Kos rawatan perubatan yang tinggi
ii. Memudahkan kita untuk memilih hospital – swasta atau kerajaan – tanpa perlu memikirkan soal kos.
iii. Peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik – juga kerana kita tidak perlu risaukan sangat soal kos perubatan

Banyak lagi ye insuran yang boleh kita dapati.

Untuk kali ini, saya berhenti di sini dahulu. Kita akan bincang lagi tentang insuran dalam posting yang lain. Banyak lagi yang boleh dikupas dalam tajuk insuran ini. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai sama ada perlukah kita mengambil insuran untuk diri kita dan juga keluarga kita, ataupun sebaliknya.

Apakah pandangan anda terdapat insuran? Penting atau tidak?

Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang saya ada.

Wassalam.

  1. insuran mmg penting.. pada masa kesusahan..

    • Betul tu bos. Kepentingan insuran ni waktu kesusahan akan terasa.

  2. insurance penting la.. sebab unexpected … cuma tak pasti kena ada banyak (insuran2 lain) lagi bagus ke tak?? kalau banyak, nak bayar tuh pun sakit gak bulan2 ….

    apepun kena manage duit bulanan kita dengan betul….

    • zik, saya rasa tak perlu byk2 insuran ni. cukup la ada satu insuran. tapi terpulanglah kepada keadaan kewangan seseorang tu. kalau tak sakit nak bayar bulan2, ada byk pon takpe.🙂

  3. Salam kawan..
    Insuran memag wujud dan banyak kebaikannya.tapi kita perlu bijak memilihnya agar tidak mudah di tipu oleh sebilagan mereka yang tidak bertanggungjawab.Kalau boleh carilah agen yang bertauliah yer..huhuhu..

    p/s: maklumat yang amat baik utk dikongsikan bersama😉

    • betul tu suri..kena berhati-hati juga, takut ditipu.

  4. Salam
    perkongsian yang bagus..lakukan perlindungan dan kemudian bertakwalah kita kepada yang esa…

  5. pada saya…
    insurans memang perlu.. untuk masa depan yang terjamin..
    tapi penting kita pilih insurans yang betul-betu boleh dipercayai..

    • Hi ann..betul tu. insuran ni kita tak tahu bila masa yg kita akan perlukan.so, sediakan payung sebelum hujan

    • faizura
    • April 30th, 2010

    yes…esp medical…tapi bila beli…silala baca details elok2… so x der la kes teroever insured benda yang tak perlu… jgn percaya sangat cakap agent… lagi2 agent2 baru😀

  6. perlu ada insuran ni…
    kte xtau apa y nk jd esok….
    klu ttbe je kte xcdn…(maaf..bkn mintak…)
    sekurang2nya dpt mringnkan beban org tdekat kte
    utk tanggung segala perbelanjaan perubatan kte…..
    xde la nk pening2kn kepala diorg utk dptkn rawatan tbaik utk kte…
    ni pndpt aku je…

    • fouziah
    • May 16th, 2010

    insuran tipu..??mmg bergantung pada agen sebenarnya, insuran tak pernah tipu. Mmg betul kena baca polisi betul2 dan banyak tanya pada agen..tak semua agen baru mementingkan duit..well..depends pada nawaitu masing masing🙂 anyway kalau sesiapa berminat nak tahu lebih lanjut ttg medical card dan seumpamanya boleh email pada saya ffouziah@gmail.com, atau call 0133023177..
    PRUDENTIAL..THE FACE U CAN TRUST

  7. sebelum sy tamat belajar di UIA, mmg saya tak nmpk langsung benefit insurans..walaupn saya belajar dalam jurusan ekonomi..

    tiba2 satu hari, abang sy kemalangan teruk di kuala selangor..
    masa tu sy mula nmpk keperluannya..
    kos rawatan walaupun di hospital kerajaan, RM 1000 lebih..sbb nk kena masuk besi..
    parent sy mmg xmampu..apatah lg abang pn masih belajar waktu tu..

    lepas pade tu sy mula bejinak2 nk tau psl insurans..
    wlpun kite di “didik” oleh budaya yg insuran ni tak penting, tipu mcm2 lagi la..

    skrg alhamdulillah saya adalah ejen takaful sepenuh masa.
    selepas grad tahun lepas, sy terus buat..saya tak peduli apa org kata..
    Alhamdulillah, dgn background yg sy ada dr UIA, sy mudah dipercayai..
    disebabkan ilmu ini juga, sy merasa betanggungjawab dgn tahap kesedaran melayu kita terhadap takaful. sangat terkilan bila ditanya, mereka lebih prefer kredit kad(berhutang) bebanding menabung utk masa depan..

    siapa2 yg ingin menabung di Prudential BSN Takaful, boleh hubungi saya..012 2981142 atau add je sy kt facebook..(link kt atas tu..)

  8. salam admin,

    saya juga seorang ejen insurans. dan saya akan nasihatkan policy holder saya membayar premium secara tahunan untuk kesejahteraan bersama (antara policy holder dan ejen)

    sebab, kebanyakan kes premium bulanan, mereka akan lapse membayar premium, lepas tu, xcden, then, hantar claim insurans, company insurans tolak pasal lapse. pastu diorang heboh kata insurans tipu.

    tapi, kalau plicy holder tu seorang yang berdisplin, tak der masalah untuk amik premium bulanan.

    sekadar pendapat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: