Comfort Zone yang selesa

Assalamualaikum.

zon selesa

Dalam posting sebelum ni, kita bersembang tentang kewangan dan insuran. Apa kata dalam posting hari ini, kita bercerita pula pasal Zon Selesa atau dalam bahasa Londonnya Comfort Zone. Namun saya rasa,masih ada kaitan dengan kewangan dan insuran. Kan?πŸ™‚

Kita ingin berjaya. Setiap orang ingin berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Tapi sejauh manakah kita berusaha ke arah kejayaan tersebut? Adakah kita masih selesa berada di dalam β€œComfort Zone” kita?

Zon selesa bagi seseorang mungkin berbeza seseorang yang lain. Cubalah keluar dari Zon Selesa kita untuk meraih kejayaan. Terperuk di zon selesa tidak akan mendatangkan hasil..

Bagi peminat intenet, jika kita selesa berchatting kosong tanpa faedah dari pagi sampai ke malam, apa kata kita kurangkan aktiviti tersebut. Masa yang dihabiskan dengan chatting kosong, kita boleh gunakan untuk pelajari selok-belok perniagaan intenet. Mungkin?

watching TV

Jika kita selesa menonton TV dari pukul 8 sehingga pukul 12 tengah malam, mungkin kita boleh ambil 2 jam dari masa tersebut untuk membaca buku motivasi agar kita lebih bersemangat untuk melakukan kerja kita pada esok nya?

Mungkin berkumpul bersama kawan-kawan sehingga lewat pagi adalah comfort zone bagi sesetengah yang lain. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah ketika berkumpul begitu. Mungkin boleh bersama-sama merancang untuk menjalankan perniagaan?

Bagi sesetengah orang yang menjalankan perniagaan, MLM, agen unit trust, agen insuran, perlu keluar dari rumah untuk berjumpa dengan orang – pelanggan atau potensi pelanggan. Namun, berada di dalam rumah sambil menonton TV adalah lebih selesa daripada keluar berjumpa dengan pelanggan atau bakal pelanggan. Berada di rumah berehat di atas sofa yang empuk adalah selesa berbanding keluar mengiklankan product kita atau menyebarkan flyers agar orang lain tahu apakah perniagaan yang kita lakukan.

Terlalu banyak comfort zone bagi kita. Kadangkala, pengorbanan perlu dilakukan untuk kejayaan. Apa lagi ye comfort zone yang ada? Jom kita berkongsi pendapat tentang zon selesa ini.

https://hidier.wordpress.com

  1. entri yang sangat bagus. masalahnya kadang2 tanpa keluar dari comfort zone, ada sesetengah orang boleh hidup dengan selesa. buat apa susah2 .. rezeki secupak tak kan boleh jadi segantang kata mereka. untuk mengumpan supaya mereka keluar dari zon selesa memerlukan usaha yang bukan sedikit.

    • setuju ngn pakcik..memang sukar sgt nak keluar dari comfort zone ni..jgn kata orang lain, saya sendiri pon alami perkara yang sama..

  2. Salam Mari teman berteman bersama saya..

    Memang tidak dinafikan untuk melakar sejarah kejayaan dalam kehidupan perlu mengambil langkah drastik iaitu keluar dari zon selesa. Jika kita masih dlm keadaan yang sama seperti hari yang lain kita mungkin tergolong dalam org yang rugi..

    Tq

    • Setuju. Marilah cuba tinggalkan sofa yang empuk dan tv yang selesa. ayuh bangun menuju kejayaan

  3. jom sama2 keluar dari zon selesa ataupun mencari zon yang lebih selesa..

    http://belajartuisyenonline.com/izzwan78

  4. bagus bicara pasal zon selesa ni…kekadang rasa jugak tak selesa berada dalam zon selesa….contoh khoje makan gaji je…bila nak kaya…rasa cam nak buat bisnes pulak…hehe

    • tu lah..kerja makan gaji ni, ada kalanya tak selesa,,jom jom wat bisnesπŸ™‚

  5. out of the box, dalam bahasa lainkah?πŸ˜€

    • agak berbeza..
      out of the box, melihat sesuatu dari pandangan yang lain..kan?πŸ™‚

  6. Keluar dari Zon yang sempit, mencari yg lebih baik dgn melihat kelebihan dan kepakaran dlm diri. Zon selesa lebih dekat apabila kita berjaya mengatasinya.

  7. Keadaan akan berubah, dan mereka yang berada di Comfort Zone pasti akan merasai situasi yang tidak menyebelahinya..

    • setuju tu brother one..
      comfort zone takkan selamanya selesa..

  8. Kejayaan datang dengan usaha dan displin…jgn dimanjakan sangat badan tue…:)

    • yeah..setuju..tanpa usaha dan displin, manakan mungkin kejayaan datang bergolek..

  9. contoh comfort zone : pakai laptop..sebab sambil online boleh sambil berbaring meniarap..kalau pakai desktop, kena duduk kt meja..macam duduk kt ofis lahpulak..eh, ade kaitan ke dengan comfort zone?

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: