Tips Menyimpan – Rewards Yourself

Assalamualaikum.
Semoga para pembaca blog Bicara Kewangan Kita ini sentiasa berada dalam keceriaan.

Kita seringkali dinasihatkan agar menyimpan untuk masa depan. Secara umumnya, simpanan kita mungkin boleh berdasarkan kepada formula mudah :
Pendapatan – ( simpanan + insuran ) = Perbelanjaan.

Saving dan insuran tidak dapat dipisahkan. Kita perlukan insuran, dalam masa yang sama, kita perlu menyimpan. Kedua-dua perkataan ini memainkan peranan yang hampir sama walaupun berbeza.🙂

Dalam kita sibuk menyimpan untuk masa depan, bagaimanakah pula dengan diri kita sendiri? Setelah berpenat-lelah bekerja, mencari pendapatan, adakah kita pernah menghargai diri kita sendiri?
Berilah penghargaan kepada diri sendiri setelah penat bekerja setiap bulan. Gunakan lah 5%~10% dari pendapatan bulanan kita untuk menghargai diri sendiri. Bagaimana hendak menghargai diri sendiri?

Setelah kita membuat kira-kira untuk membelanjakan 5%~10% dari pendapatan bulanan kita sebagai penghargaan kepada diri kita sendiri, kita boleh merancang ke manakah wang tersebut akan digunakan. Barulah kita mendapat kepuasan hasil dari usaha yang kita lakukan pada bulan tersebut.

Apa ye agaknya rewards yang sesuai untuk diri sendiri? Di sini saya senaraikan sedikit idea-idea yang mungkin boleh digunakan. Tentunya para pembaca mempunya idea-idea yang tersendiri kan?🙂
(Bergilir-gilirlah menggunakan idea-idea ini setiap bulan ..kan seronok setiap bulan dapat hargai diri sendiri dengan aktiviti yang berlainan)

1. Membeli pakaian baru – baju, seluar, kasut dll.
Kan seronok dapat hargai diri sendiri dengan pakaian baru. Barulah nampak bergaya sikit.

2. Menonton wayang
Sesekali bawaklah pasangan kita keluar berdua untuk menonton wayang. Boleh menambah eratkan hubungan dengan pasangan kita. (Bagi yang belum kahwin, mungkin selalu tengok wayang.Yang dah kawin, dah berapa lama anda tak tengok wayang?)

3. Bersukan – main boling, main futsal, paint ball …apa lain ye permain yang menarik?

4. Bawak anak isteri / pasangan makan di restoran yang agak mewah
Pasti akan menjadi kenangan manis apabila dapat menikmati masakan yang sedap-sedap bersama orang tersayang.

Apa pula idea dari para pembaca untuk Rewards Yourself ni? Jom berkongsi kat sini..

Tapi ingat ye….perbelanjaan untuk menghargai diri sendiri mesti dalam range yang telah ditetapkan awal-awal tadi ye. 5%~10% sahaja. Tak boleh berlebih. Sebab kalau berlebih, akan effect perbelanjaan lain pula.

Selamat menghargai diri sendiri.

https://hidier.wordpress.com

  1. bagus info ni..selalu jugak buat yg no 5 tu..cuma bukan tempat yg mahal2..janji makan kat luaq je hehe

  2. dlm Islam ada kata pendapatan dibahagikan pada 3 bahagian:

    1/3 utk simpanan
    1/3 utk amal (sedekah/zakat..dll)
    1/3 utk kegunaan harian (belanja)

    Wallahualam

  3. perilaku orang berbeda-beda :
    1. Belanja merupakan sisa dari simpanan
    2. simpanan merupakan sisa dari belanja
    mirif tapi tak sama.

  4. nk enjoy jangan sedap2 sgt..takut susah pulak nk stop nanti.kalau student? mcm mane ye agak2?hehe

  5. Hi Hidier, thank you for the tips. Sejak tengok rancangan kat TV3 pasal bagaimana nak berjimat tu (yg untuk kanak-kanak), terus saya buat sama.. Memang berkesan! Bayar hutang & bil, tolak duit belanja dapur, tolak duit minyak kereta, tolak duit makan (sehari bajet RM12), tolak duit simpanan. Kalau ada lebih, belanja. kalau tak, buat freelance banyak2. hehe..

  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: