Archive for the ‘ Insuran ’ Category

Hospital kerajaan atau swasta?

Salam.
Apa kabar?

Saya tulis secara ringkas dah la ye.tak yah buat bunga2.

Rungutan tentang layanan yg kurang enak di hospital kerajaan seringkali kita dengar.Jadi, kita boleh elakkan dengan mengambil Medical Card yang dijual oleh syarikat2 insuran.

Medical card ni cover kita kalau kita masuk wad. Semua penyakit dicover kecuali bersalin lah..sebab bersalin ni penyakit yg ‘dibuat’.hehe..so kat sini lah gunanya medikal kad. kita boleh pergi terus ke hospital swasta untuk mendapatkan
layanan yg lebih memuaskan.. (kalau tak puas hati dengan layanan kat hosp kerajaan lah)

Note : untuk kes masuk wad sahaja ye. kos rawatan pesakit luar tu, medikal card tak cover lah..so kalau nak guna medikal kad, pening2 sikit tu pon minta la ngn doktor masuk wad sehari..hehe

tak mahal pon kos untuk medikal kad. sebulan dalam rm30 pon dah boleh dapat untuk individu.ada untuk family..yg berfamily ni mmg sesuai sangat amik..sebab bayaran dia tak kira berapa org anak..semua cover.. (anak yg bawah umor 23 tahun ye)..

ada yg tanya, ‘duit ni hangus ke kalau tak jadi apa2?’..duit insuran kereta kita dapat balik ke kalau tak jadi apa2 dengan kereta kita?mean kalau tak eksiden, duit insuran kereta tu dapat balik?

Hubungi saya untuk maklumat lanjut berkenaan insuran/perlindungan dari AIA di 012-7796200

Regards,
Hidier
AFP
012-7796200

ELITE SAVING PLAN (ESP) & GUARANTEED INCOME PROVIDER (GIP)

Salam..

Saya Hidier, unit trust consultant utk CWA dan insuran consultant untuk AIA.

Saya ingin memperkenalkan dua jenis product menarik yang sesuai dijadikan sebagai pelan persaraan atau pelan pendidikan untuk anak-anak.

Nama pelan tersebut adalah ELITE SAVING PLAN (ESP) & GUARANTEED INCOME PROVIDER (GIP)

Permintaan adalah tinggi untuk 2 product ini.

Get to OWN Elite Legacy Income and GIP10 . It gives out guaranteed income to 3 generations !

ESP (ELITE SAVING PLAN) : bayaran selama 8 tahun sahaja, bayaran TERJAMIN (guaranteed payment) 5% sehingga umur 88 tahun setiap tahun bermula dari tahun ke – 8. (dicampur lagi dengan pulangan tidak terjamin mengikut keuntungan syarikat pada tahun tersebut)

GIP (GUARANTEED IMCOME PAYMENT) : bayaran 10 tahun sahaja,bayaran terjamin (guaranteed payment) 4% sehingga umur 88 tahun setiap tahun bermula dari tahun ke – 10. (dicampur lagi dengan pulangan tidak terjamin mengikut keuntungan syarikat pada tahun tersebut)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012-7796200 atau email di abdulhidier@gmail.com


Abdul Hidier
UNIT TRUST & INSURANCE CONSULTANT
CIMB WEALTH ADVISOR & AIA

012-7796200

Peluang Kerjaya bersama CIMB Wealth Advisors (CWA)

Assalamualaikum.

Saya ingin menjemput para pembaca Bicara Kewangan Kita yang berminat untuk menceburi atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai unit trust dan juga insuran consultant bersama CIMB Wealth Advisors (CWA) .

Do you want to add an extra stream of income to your life?
Mahu menggandakan pendapatan anda?
Take charge of your work and life.

Full timer / part timer are welcome!!

CWA akan mengadakan GRAND Business Opportunity Presentation di JB pada :

Tarikh    :  19 / 5 / 2010 (Rabu)
Tempat : Mutiara Hotel, Johor Bahru
Masa   : 8.00pm – 10.00pm

Syarat Kelayakan : Berumur 21 tahun ke atas
Kelulusan Minimun : SPM

Hubungi saya untuk tempahan tempat duduk.

Regards,
Hidier
012-7796200
abdulhidier@gmail.com
hidier@msa-wealthadvisors.org

Insuran – Meh berkenalan dengan insuran nyawa

Assalamualaikum.

images (2) (image adalah hasil carian gi google)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila-bila sahaja ajal boleh menjemput kita. Tiada siapa yang boleh melarikan diri dari kematian. Pergi lah ke benua mana sekali pun, masuklah ke dalam bilik kebal yang tidak dapat diletupkan, buatlah apa sahaja, pastilah tidak dapat untuk memanjangkan umur kita walau seminit. Tapi kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan mati.

Memandangkan kematian ini adalah satu perkara yang pasti, sudahkah kita bersedia?

Berbalik kepada tajuk perbincangan kita pada kali ini, Insuran Nyawa / Life Insurance adalah salah satu persediaan kewangan kepada waris kita setelah kita meninggalkan dunia ini. Merujuk kepada posting yang lepas pada tajuk “Insuran – Perlu Ke? Atau Agen Insuran Tu Tipu Jek…?” ,

Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

life-insurance(image adalah hasil carian gi google)

Secara umumnya, apakah yang dimaksudkan dengan Insuran Nyawa / Life Insurance?
Insuran Nyawa / Life Insurance adalah satu jenis insuran yang mana syarikat insuran yang memberikan polisi kepada pemilik polisi insuran akan memberikan pampasan dalam bentuk wang kepada pewaris pemilik polisi sekiranya berlaku kematian kepada pemilik polisi insuran nyawa tersebut.

Hm..nak senang cerita, terang macam ni lah (OK tak kalau terang gini?mudah faham tak? 🙂 ) :

"kalau kita beli insuran nyawa, kemudian kita mati, waris kita akan dapat duit dari syarikat insuran yang kita beli tu”. Duit yang pewaris kita dapat tu, bergantung kepada berapa nilai insuran nyawa yang kita dah beli.

Pampasan untuk insuran nyawa akan diberikan apabila seseorang pemilik insuran tersebut meninggal dunia tanpa mengira sebab-sebab kematian. Tidak kiralah kematian tersebut berpunca dari penyakit, mati mengejut (dah sampai ajal), kemalanngan, atau bunuh diri (kes bunuh diri – bergantung kepada syarat dalam polisi. Sila semak polisi anda)

Insuran nyawa ni, selalunya ditambahkan dengan perlindungan lain seperti perlindungan apabila dilanda musibah Kehilangan Keupayaan Kekal dan Penyakit Kritikal.
* Sila dapatkan keterangan lanjut mengenai insuran di syarikat insuran atau agen-agen insuran.

Mungkin tak, ada para pembaca yang mempertikaikan berkenaan insuran nyawa ni. 
  – “buat apa dapat duit lepas aku mati, yang best waris aku la…baik tak payah ambik”.

Apa pendapat anda mengenai Insuran Nyawa / Life Insurance ? Jom berkongsi pendapat di sini.

https://hidier.wordpress.com

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.

1 MEI setiap tahun adalah Hari Pekerja.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pembaca ~~~ Bicara Kewangan Kita ~~~ .

Semoga pencapaian kita semua sentiasa bertambah cemerlang dan gemilang.

SELAMAT HARI PEKERJA

Insuran – Perlu ke? Atau agen insuran tu tipu jek…?

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup pasti akan mati. WAJIB. Manusia takkan hidup kekal selamanya.
Manusia MUNGKIN sakit. Berapa peratuskah manusia di dunia ini yang TIDAK PERNAH sakit sepanjang hayatnya?
Manusia juga SESEKALI terpaksa dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan oleh sakit.

doktor

Adakah terdapat di antara para pembaca yang ingin menafikan fakta-fakta di atas?
Ingin mengaku “saya tidak akan mati” ?
Ingin mengaku “aku PASTI takkan sakit” ?
Ingin mengaku “aku YAKIN, aku tak akan dimasukkan ke dalam wad di hospital untuk mendapatkan rawatan” ?

Mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah sakit, mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Malang tidak berbau. Tiada siapa yang boleh meramalkan masa depannya.

aoi_kasa-11

Oleh itu, timbullah pepatah melayu, yang berbunyi, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Kita tidak tahu bilakah hujan akan turun. Namun, jika kita dah sediakan payung awal-awal, payung tersebut dapat membantu kita sekiranya hujan turun. Bukan sekadar hujan, malah payung juga kadang-kadang digunakan ketika panas terik. Tak rugi sediakan payung awal-awal. Setuju tak?

Begitu juga jika payung tersebut dianggap sebagai insuran.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis insuran yang boleh kita perolehi? Di sini saya senaraikan beberapa jenis insuran yang biasa ditemui.

1. Insuran kereta/motor – saya rasa insuran jenis ini, hampir semua orang tahu. Kepada pemilik kenderaan, kenapakah anda memiliki insuran untuk kereta anda? Adakah kerana kesedaran anda terhadap pentingnya insuran jika berlaku sesuatu kemalangan ke atas kenderaan anda, ataupun disebabkan oleh undang-undang? 🙂

2.  Insuran nyawa / Life Insurance – pernahkah anda dengar tentang insuran ini? Insuran nyawa adalah sejenis insuran yang akan memberikan pampasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas pemilik insuran tersebut seperti kematian, kehilangan keupayaan secara kekal atau mengidap penyakit kritikal.

Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

3. Medical Card – medical card adalah satu jenis insuran yang akan membayar kos rawatan perubatan di hospital sekiranya pemilik medical card tersebut dimasukkan ke dalam wad hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Di antara sebab-sebab perlunya Medical Card :
i. Kos rawatan perubatan yang tinggi
ii. Memudahkan kita untuk memilih hospital – swasta atau kerajaan – tanpa perlu memikirkan soal kos.
iii. Peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik – juga kerana kita tidak perlu risaukan sangat soal kos perubatan

Banyak lagi ye insuran yang boleh kita dapati.

Untuk kali ini, saya berhenti di sini dahulu. Kita akan bincang lagi tentang insuran dalam posting yang lain. Banyak lagi yang boleh dikupas dalam tajuk insuran ini. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai sama ada perlukah kita mengambil insuran untuk diri kita dan juga keluarga kita, ataupun sebaliknya.

Apakah pandangan anda terdapat insuran? Penting atau tidak?

Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang saya ada.

Wassalam.

Perlu ke insuran?

Assalamualaikum.

Dewasa ini kita dah biasa dengar perkataan insuran.
Insuran bukan lah lagi perkara yang pelik untuk masyarakat kita. Kebanyakkan kita sekarang sudah mempunyai insuran, sama ada ambil oleh diri sendiri, ibu bapa yang buat, ataupun diberikan oleh syarikat tempat kita bekerja.

Penting sangat ke insuran ni?
Kalau tak amik insuran, macam mana?
Kenapa perlu kita ambil insuran?
Adakah insuran ini merugikan kita?
Atau pun, adakah insuran ini menguntungkan kita?

Ada orang kata, “saya x nak lah insuran.rugi jek amik insuran ni.bukan dapat apa-apa pon… menguntungkan syarikat insuran jek“.

Ada orang kata, “saya xde insuran pon takpe. saya byk duit dalam bank. kalau jadi apa-apa, saya guna jek duit saya tu“.

Ada orang kata, “nasib baik saya amik insuran. hari tu saya masuk wad, beribu-ribu jugaklah kosnye. nasib baik ada insuran. so dapat lah bayar guna insuran“.

Ada orang kata, “tak sia-sia aku amik insuran. dapat jugak pampasan akibat eksiden hari tu“.

Itulah realitinya pandangan orang kita terhadap insuran. Ada yang positif, ada yang negatif. Lain orang, lain pandangannya terhadap insuran.

Anda pula macam mana? Adakah anda bersetuju bahawa kita perlu mengambil insuran? Atau adakah anda menganggap insuran hanyalah membuang duit?

Mari kita bincangkan.

“Berkongsi ilmu, tidak akan mengurangkan ilmu kita. Bahkan dapat meningkatkan lagi pemahaman kita”