Archive for the ‘ Kewangan ’ Category

Lulus Exam

alhamdulillah..
dah lulus CFP exam module 1..
boleh la letak AFP kat name card nanti..
Associate Financial Planner 🙂

ELITE SAVING PLAN (ESP) & GUARANTEED INCOME PROVIDER (GIP)

Salam..

Saya Hidier, unit trust consultant utk CWA dan insuran consultant untuk AIA.

Saya ingin memperkenalkan dua jenis product menarik yang sesuai dijadikan sebagai pelan persaraan atau pelan pendidikan untuk anak-anak.

Nama pelan tersebut adalah ELITE SAVING PLAN (ESP) & GUARANTEED INCOME PROVIDER (GIP)

Permintaan adalah tinggi untuk 2 product ini.

Get to OWN Elite Legacy Income and GIP10 . It gives out guaranteed income to 3 generations !

ESP (ELITE SAVING PLAN) : bayaran selama 8 tahun sahaja, bayaran TERJAMIN (guaranteed payment) 5% sehingga umur 88 tahun setiap tahun bermula dari tahun ke – 8. (dicampur lagi dengan pulangan tidak terjamin mengikut keuntungan syarikat pada tahun tersebut)

GIP (GUARANTEED IMCOME PAYMENT) : bayaran 10 tahun sahaja,bayaran terjamin (guaranteed payment) 4% sehingga umur 88 tahun setiap tahun bermula dari tahun ke – 10. (dicampur lagi dengan pulangan tidak terjamin mengikut keuntungan syarikat pada tahun tersebut)

Hubungi saya untuk maklumat lanjut di 012-7796200 atau email di abdulhidier@gmail.com


Abdul Hidier
UNIT TRUST & INSURANCE CONSULTANT
CIMB WEALTH ADVISOR & AIA

012-7796200

Fail To Plan, is Plan To Fail?

Assalamualaikum para pembaca Bicara Kewangan Kita.

Secara asasnya, kita telah sedia maklum dengan idea-idea berikut :

1. Rancang aliran masuk dan keluar wang

2. Catatkan perbelanjaan harian

3. Ambil 10% dari pendapatan untuk dijadikan simpanan.

Tapi, berapa ramai yang dapat buat? 🙂

Sudahkah kita merancang pengurusan kewangan kita?

hurdles

 
”Gagal untuk merancang, merancang untuk gagal.”

Peluang Kerjaya bersama CIMB Wealth Advisors (CWA)

Assalamualaikum.

Saya ingin menjemput para pembaca Bicara Kewangan Kita yang berminat untuk menceburi atau ingin mengetahui lebih lanjut mengenai kerjaya sebagai unit trust dan juga insuran consultant bersama CIMB Wealth Advisors (CWA) .

Do you want to add an extra stream of income to your life?
Mahu menggandakan pendapatan anda?
Take charge of your work and life.

Full timer / part timer are welcome!!

CWA akan mengadakan GRAND Business Opportunity Presentation di JB pada :

Tarikh    :  19 / 5 / 2010 (Rabu)
Tempat : Mutiara Hotel, Johor Bahru
Masa   : 8.00pm – 10.00pm

Syarat Kelayakan : Berumur 21 tahun ke atas
Kelulusan Minimun : SPM

Hubungi saya untuk tempahan tempat duduk.

Regards,
Hidier
012-7796200
abdulhidier@gmail.com
hidier@msa-wealthadvisors.org

Tips Menyimpan – Rewards Yourself

Assalamualaikum.
Semoga para pembaca blog Bicara Kewangan Kita ini sentiasa berada dalam keceriaan.

Kita seringkali dinasihatkan agar menyimpan untuk masa depan. Secara umumnya, simpanan kita mungkin boleh berdasarkan kepada formula mudah :
Pendapatan – ( simpanan + insuran ) = Perbelanjaan.

Saving dan insuran tidak dapat dipisahkan. Kita perlukan insuran, dalam masa yang sama, kita perlu menyimpan. Kedua-dua perkataan ini memainkan peranan yang hampir sama walaupun berbeza. 🙂

Dalam kita sibuk menyimpan untuk masa depan, bagaimanakah pula dengan diri kita sendiri? Setelah berpenat-lelah bekerja, mencari pendapatan, adakah kita pernah menghargai diri kita sendiri?
Berilah penghargaan kepada diri sendiri setelah penat bekerja setiap bulan. Gunakan lah 5%~10% dari pendapatan bulanan kita untuk menghargai diri sendiri. Bagaimana hendak menghargai diri sendiri?

Setelah kita membuat kira-kira untuk membelanjakan 5%~10% dari pendapatan bulanan kita sebagai penghargaan kepada diri kita sendiri, kita boleh merancang ke manakah wang tersebut akan digunakan. Barulah kita mendapat kepuasan hasil dari usaha yang kita lakukan pada bulan tersebut.

Apa ye agaknya rewards yang sesuai untuk diri sendiri? Di sini saya senaraikan sedikit idea-idea yang mungkin boleh digunakan. Tentunya para pembaca mempunya idea-idea yang tersendiri kan? 🙂
(Bergilir-gilirlah menggunakan idea-idea ini setiap bulan ..kan seronok setiap bulan dapat hargai diri sendiri dengan aktiviti yang berlainan)

1. Membeli pakaian baru – baju, seluar, kasut dll.
Kan seronok dapat hargai diri sendiri dengan pakaian baru. Barulah nampak bergaya sikit.

2. Menonton wayang
Sesekali bawaklah pasangan kita keluar berdua untuk menonton wayang. Boleh menambah eratkan hubungan dengan pasangan kita. (Bagi yang belum kahwin, mungkin selalu tengok wayang.Yang dah kawin, dah berapa lama anda tak tengok wayang?)

3. Bersukan – main boling, main futsal, paint ball …apa lain ye permain yang menarik?

4. Bawak anak isteri / pasangan makan di restoran yang agak mewah
Pasti akan menjadi kenangan manis apabila dapat menikmati masakan yang sedap-sedap bersama orang tersayang.

Apa pula idea dari para pembaca untuk Rewards Yourself ni? Jom berkongsi kat sini..

Tapi ingat ye….perbelanjaan untuk menghargai diri sendiri mesti dalam range yang telah ditetapkan awal-awal tadi ye. 5%~10% sahaja. Tak boleh berlebih. Sebab kalau berlebih, akan effect perbelanjaan lain pula.

Selamat menghargai diri sendiri.

https://hidier.wordpress.com

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.

1 MEI setiap tahun adalah Hari Pekerja.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pembaca ~~~ Bicara Kewangan Kita ~~~ .

Semoga pencapaian kita semua sentiasa bertambah cemerlang dan gemilang.

SELAMAT HARI PEKERJA

Komentar Pembaca – Tips Berjimat

Assalamualaikum.

 

Hari ni kita baca di antara tips yang diberikan oleh para pembaca di ruangan komen dalam posting Macam mana nak berjimat cermat?

Best-best jugak idea-idea yang diberikan oleh para pembaca.
Terima kasih.
 

On April 22, 2010 at 10:46 pm Nadiah Sidek Said: |Edit This

salam. terima kasih tinggalkn komen di blog sy..

sy nak tmbh la skit..

1. senaraikan brg2 yg nak dibeli dan pastikan brg2 yg nak dibeli tu betul2 diperlukan (keperluan), bkn kehendak semata2

2. ms gi beli brg tu, terus tuju tmpt brg yg nak dibeli…brg2 lain yg tak berkaitan..pejam2kan mata..ehe..

3. bwk bekal dr rumah

 

 

  • On April 26, 2010 at 9:26 am Amat Said: |Edit This

    nie dari amat… 

    jangan terlalu banyak:
    1. makan angin
         2. convoi berkereta
              3. kurangkan tengok wayang…heehehe bagi yang taksub..
                   4. alat2 mekap…be a neutral
    5. pembelian majalah yang tak berkaitan…
         6. pengunaan telefon…..sms ajer..hehehehe
              7. tak payah pasang astro..hahahaha tgk siaran yg ader jer

  •  

    kira perbelanjaan sebulan…
    tengok maner yang perlu dibeli dan yang x payah
    catat aper yang telah dibelanja setiap hujung minggu… 

    tapi semua nie terletak dalam hati masing2
    kalau dh memang boros….sooo…x leh wat aper2 la… 

    wasalam..ingat/ fikir sebelum beli. 

     
  • On April 27, 2010 at 12:00 pm eily Said: |Edit This

    salam..saya tertarik dgn tips berjimat nih sb saya dah berhenti kerja utk jd surirumah so..pendapatan isirumah merosot.:) tapi upernya byk leh jmt bl jd surirumah..

    1-sy breastfeed ank dh 2 thn tanpa susu formula
    2-sy msk sendiri kat rumah, mkn luar jrg sesangat
    3-sy mula tnm sndiri lada, kunyit, lengkuas,serai..so jimat(tnm dlm pasu jer)
    4-saya pkai napkin utk anak, 1jam sekali tukar..(jimat utk pampers, kebersihan kulit ank terjaga)
    5-x pyh byr nursery
    6-husband pkai mtr jer g kerja
    7-kos brgan kosmetik pun krg sbb kurang bermekap..hehe
    8-x perlu bj baru tiap2 bulan sbb x kerja

    9-bila pemakanan,kesihatan dan kebersihan rumah dan keluarga kita pantau sepenuhnya..keluarga lebih sihat, jrg sakit so kos utk perubatan lebih jimat..(selalu tgk ank2 kwn yg dihantar ke nursery selalu skt)…

    10-bila kita tak kerja, kita lg mudah faham yg mana kemahuan dan yg mana kehendak (keprluan rumah) sebab kita tak terikut cerita kwn2 kat tempat kerja..(ni pengalaman..) 

    tapi aperpun terpulang kpd individu, saya dan suami dapati lebih byk menda yg kami dpt jmtkan bila sy jd surirumah..suami pun suka sy jd surirumah..ada org sambut bila balik kerja.

    —————————————–

  • Terima kasih kepada semua komentar. Idea yang anda semua berikan memang BEST!!!

  • Ada lagi tak tips-tips yang menarik? Jom berkongsi kat sini.