Tips Menyimpan – Rewards Yourself

Assalamualaikum.
Semoga para pembaca blog Bicara Kewangan Kita ini sentiasa berada dalam keceriaan.

Kita seringkali dinasihatkan agar menyimpan untuk masa depan. Secara umumnya, simpanan kita mungkin boleh berdasarkan kepada formula mudah :
Pendapatan – ( simpanan + insuran ) = Perbelanjaan.

Saving dan insuran tidak dapat dipisahkan. Kita perlukan insuran, dalam masa yang sama, kita perlu menyimpan. Kedua-dua perkataan ini memainkan peranan yang hampir sama walaupun berbeza. 🙂

Dalam kita sibuk menyimpan untuk masa depan, bagaimanakah pula dengan diri kita sendiri? Setelah berpenat-lelah bekerja, mencari pendapatan, adakah kita pernah menghargai diri kita sendiri?
Berilah penghargaan kepada diri sendiri setelah penat bekerja setiap bulan. Gunakan lah 5%~10% dari pendapatan bulanan kita untuk menghargai diri sendiri. Bagaimana hendak menghargai diri sendiri?

Setelah kita membuat kira-kira untuk membelanjakan 5%~10% dari pendapatan bulanan kita sebagai penghargaan kepada diri kita sendiri, kita boleh merancang ke manakah wang tersebut akan digunakan. Barulah kita mendapat kepuasan hasil dari usaha yang kita lakukan pada bulan tersebut.

Apa ye agaknya rewards yang sesuai untuk diri sendiri? Di sini saya senaraikan sedikit idea-idea yang mungkin boleh digunakan. Tentunya para pembaca mempunya idea-idea yang tersendiri kan? 🙂
(Bergilir-gilirlah menggunakan idea-idea ini setiap bulan ..kan seronok setiap bulan dapat hargai diri sendiri dengan aktiviti yang berlainan)

1. Membeli pakaian baru – baju, seluar, kasut dll.
Kan seronok dapat hargai diri sendiri dengan pakaian baru. Barulah nampak bergaya sikit.

2. Menonton wayang
Sesekali bawaklah pasangan kita keluar berdua untuk menonton wayang. Boleh menambah eratkan hubungan dengan pasangan kita. (Bagi yang belum kahwin, mungkin selalu tengok wayang.Yang dah kawin, dah berapa lama anda tak tengok wayang?)

3. Bersukan – main boling, main futsal, paint ball …apa lain ye permain yang menarik?

4. Bawak anak isteri / pasangan makan di restoran yang agak mewah
Pasti akan menjadi kenangan manis apabila dapat menikmati masakan yang sedap-sedap bersama orang tersayang.

Apa pula idea dari para pembaca untuk Rewards Yourself ni? Jom berkongsi kat sini..

Tapi ingat ye….perbelanjaan untuk menghargai diri sendiri mesti dalam range yang telah ditetapkan awal-awal tadi ye. 5%~10% sahaja. Tak boleh berlebih. Sebab kalau berlebih, akan effect perbelanjaan lain pula.

Selamat menghargai diri sendiri.

https://hidier.wordpress.com

Comfort Zone yang selesa

Assalamualaikum.

zon selesa

Dalam posting sebelum ni, kita bersembang tentang kewangan dan insuran. Apa kata dalam posting hari ini, kita bercerita pula pasal Zon Selesa atau dalam bahasa Londonnya Comfort Zone. Namun saya rasa,masih ada kaitan dengan kewangan dan insuran. Kan? 🙂

Kita ingin berjaya. Setiap orang ingin berjaya dalam apa juga bidang yang diceburi. Tapi sejauh manakah kita berusaha ke arah kejayaan tersebut? Adakah kita masih selesa berada di dalam “Comfort Zone” kita?

Zon selesa bagi seseorang mungkin berbeza seseorang yang lain. Cubalah keluar dari Zon Selesa kita untuk meraih kejayaan. Terperuk di zon selesa tidak akan mendatangkan hasil..

Bagi peminat intenet, jika kita selesa berchatting kosong tanpa faedah dari pagi sampai ke malam, apa kata kita kurangkan aktiviti tersebut. Masa yang dihabiskan dengan chatting kosong, kita boleh gunakan untuk pelajari selok-belok perniagaan intenet. Mungkin?

watching TV

Jika kita selesa menonton TV dari pukul 8 sehingga pukul 12 tengah malam, mungkin kita boleh ambil 2 jam dari masa tersebut untuk membaca buku motivasi agar kita lebih bersemangat untuk melakukan kerja kita pada esok nya?

Mungkin berkumpul bersama kawan-kawan sehingga lewat pagi adalah comfort zone bagi sesetengah yang lain. Buatlah perkara-perkara yang berfaedah ketika berkumpul begitu. Mungkin boleh bersama-sama merancang untuk menjalankan perniagaan?

Bagi sesetengah orang yang menjalankan perniagaan, MLM, agen unit trust, agen insuran, perlu keluar dari rumah untuk berjumpa dengan orang – pelanggan atau potensi pelanggan. Namun, berada di dalam rumah sambil menonton TV adalah lebih selesa daripada keluar berjumpa dengan pelanggan atau bakal pelanggan. Berada di rumah berehat di atas sofa yang empuk adalah selesa berbanding keluar mengiklankan product kita atau menyebarkan flyers agar orang lain tahu apakah perniagaan yang kita lakukan.

Terlalu banyak comfort zone bagi kita. Kadangkala, pengorbanan perlu dilakukan untuk kejayaan. Apa lagi ye comfort zone yang ada? Jom kita berkongsi pendapat tentang zon selesa ini.

https://hidier.wordpress.com

Insuran – Meh berkenalan dengan insuran nyawa

Assalamualaikum.

images (2) (image adalah hasil carian gi google)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila-bila sahaja ajal boleh menjemput kita. Tiada siapa yang boleh melarikan diri dari kematian. Pergi lah ke benua mana sekali pun, masuklah ke dalam bilik kebal yang tidak dapat diletupkan, buatlah apa sahaja, pastilah tidak dapat untuk memanjangkan umur kita walau seminit. Tapi kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan mati.

Memandangkan kematian ini adalah satu perkara yang pasti, sudahkah kita bersedia?

Berbalik kepada tajuk perbincangan kita pada kali ini, Insuran Nyawa / Life Insurance adalah salah satu persediaan kewangan kepada waris kita setelah kita meninggalkan dunia ini. Merujuk kepada posting yang lepas pada tajuk “Insuran – Perlu Ke? Atau Agen Insuran Tu Tipu Jek…?” ,

Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

life-insurance(image adalah hasil carian gi google)

Secara umumnya, apakah yang dimaksudkan dengan Insuran Nyawa / Life Insurance?
Insuran Nyawa / Life Insurance adalah satu jenis insuran yang mana syarikat insuran yang memberikan polisi kepada pemilik polisi insuran akan memberikan pampasan dalam bentuk wang kepada pewaris pemilik polisi sekiranya berlaku kematian kepada pemilik polisi insuran nyawa tersebut.

Hm..nak senang cerita, terang macam ni lah (OK tak kalau terang gini?mudah faham tak? 🙂 ) :

"kalau kita beli insuran nyawa, kemudian kita mati, waris kita akan dapat duit dari syarikat insuran yang kita beli tu”. Duit yang pewaris kita dapat tu, bergantung kepada berapa nilai insuran nyawa yang kita dah beli.

Pampasan untuk insuran nyawa akan diberikan apabila seseorang pemilik insuran tersebut meninggal dunia tanpa mengira sebab-sebab kematian. Tidak kiralah kematian tersebut berpunca dari penyakit, mati mengejut (dah sampai ajal), kemalanngan, atau bunuh diri (kes bunuh diri – bergantung kepada syarat dalam polisi. Sila semak polisi anda)

Insuran nyawa ni, selalunya ditambahkan dengan perlindungan lain seperti perlindungan apabila dilanda musibah Kehilangan Keupayaan Kekal dan Penyakit Kritikal.
* Sila dapatkan keterangan lanjut mengenai insuran di syarikat insuran atau agen-agen insuran.

Mungkin tak, ada para pembaca yang mempertikaikan berkenaan insuran nyawa ni. 
  – “buat apa dapat duit lepas aku mati, yang best waris aku la…baik tak payah ambik”.

Apa pendapat anda mengenai Insuran Nyawa / Life Insurance ? Jom berkongsi pendapat di sini.

https://hidier.wordpress.com

Selamat Hari Pekerja

Assalamualaikum.

1 MEI setiap tahun adalah Hari Pekerja.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada para pembaca ~~~ Bicara Kewangan Kita ~~~ .

Semoga pencapaian kita semua sentiasa bertambah cemerlang dan gemilang.

SELAMAT HARI PEKERJA

Komentar Pembaca – Tips Berjimat

Assalamualaikum.

 

Hari ni kita baca di antara tips yang diberikan oleh para pembaca di ruangan komen dalam posting Macam mana nak berjimat cermat?

Best-best jugak idea-idea yang diberikan oleh para pembaca.
Terima kasih.
 

On April 22, 2010 at 10:46 pm Nadiah Sidek Said: |Edit This

salam. terima kasih tinggalkn komen di blog sy..

sy nak tmbh la skit..

1. senaraikan brg2 yg nak dibeli dan pastikan brg2 yg nak dibeli tu betul2 diperlukan (keperluan), bkn kehendak semata2

2. ms gi beli brg tu, terus tuju tmpt brg yg nak dibeli…brg2 lain yg tak berkaitan..pejam2kan mata..ehe..

3. bwk bekal dr rumah

 

 

  • On April 26, 2010 at 9:26 am Amat Said: |Edit This

    nie dari amat… 

    jangan terlalu banyak:
    1. makan angin
         2. convoi berkereta
              3. kurangkan tengok wayang…heehehe bagi yang taksub..
                   4. alat2 mekap…be a neutral
    5. pembelian majalah yang tak berkaitan…
         6. pengunaan telefon…..sms ajer..hehehehe
              7. tak payah pasang astro..hahahaha tgk siaran yg ader jer

  •  

    kira perbelanjaan sebulan…
    tengok maner yang perlu dibeli dan yang x payah
    catat aper yang telah dibelanja setiap hujung minggu… 

    tapi semua nie terletak dalam hati masing2
    kalau dh memang boros….sooo…x leh wat aper2 la… 

    wasalam..ingat/ fikir sebelum beli. 

     
  • On April 27, 2010 at 12:00 pm eily Said: |Edit This

    salam..saya tertarik dgn tips berjimat nih sb saya dah berhenti kerja utk jd surirumah so..pendapatan isirumah merosot.:) tapi upernya byk leh jmt bl jd surirumah..

    1-sy breastfeed ank dh 2 thn tanpa susu formula
    2-sy msk sendiri kat rumah, mkn luar jrg sesangat
    3-sy mula tnm sndiri lada, kunyit, lengkuas,serai..so jimat(tnm dlm pasu jer)
    4-saya pkai napkin utk anak, 1jam sekali tukar..(jimat utk pampers, kebersihan kulit ank terjaga)
    5-x pyh byr nursery
    6-husband pkai mtr jer g kerja
    7-kos brgan kosmetik pun krg sbb kurang bermekap..hehe
    8-x perlu bj baru tiap2 bulan sbb x kerja

    9-bila pemakanan,kesihatan dan kebersihan rumah dan keluarga kita pantau sepenuhnya..keluarga lebih sihat, jrg sakit so kos utk perubatan lebih jimat..(selalu tgk ank2 kwn yg dihantar ke nursery selalu skt)…

    10-bila kita tak kerja, kita lg mudah faham yg mana kemahuan dan yg mana kehendak (keprluan rumah) sebab kita tak terikut cerita kwn2 kat tempat kerja..(ni pengalaman..) 

    tapi aperpun terpulang kpd individu, saya dan suami dapati lebih byk menda yg kami dpt jmtkan bila sy jd surirumah..suami pun suka sy jd surirumah..ada org sambut bila balik kerja.

    —————————————–

  • Terima kasih kepada semua komentar. Idea yang anda semua berikan memang BEST!!!

  • Ada lagi tak tips-tips yang menarik? Jom berkongsi kat sini.

  • Tips menyimpan : Main kutu

    Assalamualaikum.


    (gambar adalah sekadar hiasan)

    “Bulan 4 ni nak kena bayar duit insuran kereta..mana nak cari duit ni..”
    “Hmm..raya nanti banyak duit nak pakai…”
    “Cuti sekolah nanti nak bertunang lah..”

    Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyimpan wang bagi memenuhi keinginan masing-masing seperti contoh dalam ayat-ayat di atas.
    Ada yang nak pakai duit di awal tahun, ada yang nak guna duit pada musim perayaan, ada yang nak duit di musim cuti sekolah, dan lain-lain lagi.

    Bagaimanakah cara anda menyimpan?

    Dalam artikel hari ini, saya ingin berkongsi satu cara yang dah lama diamalkan oleh orang kita. Saya dah lihat cara ini sejak dari saya kecil sehinggalah sekarang.
    Cara ini biasanya dinamakan Main Undi atau Main Kutu. (kalau loghat bahasa tempat saya, depa panggil main kut).

    Mungkin para pembaca pernah dengar istilah ini dan juga mungkin dah biasa main.

    Main undi ni, caranya mudah sahaja. Undi ini dimainkan secara berkumpulan. Biasanya terdiri dari beberapa orang yang telah bersetuju untuk main undi. Ahli-ahli juga biasanya orang yang dipercayai sesama sendiri seperti kawan-kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja.
    Setiap ahli akan membayar/memberikan wang dalam jumlah yang sama kepada orang ketua main undi tersebut. Wang yang dikumpul akan diserahkan kepada penerima pada setiap pusingan. Ada yang bermain secara mingguan, ada yang bermain secara bulanan.

    Begitulah secara ringkas berkenaan cara bermain undi.

    Apakah kelebihan main undi?
    Di antara kelebihannya :-

    1. Mendisplinkan diri untuk menyimpan.
    Dengan bermain undi, kita telah menyediakan satu jumlah yang tertentu untuk dijadikan sebagai simpanan. Ini dapat melatih kita berdisplin dalam menyimpan.

    2. Membolehkan kita merancang perbelanjaan.
    Contoh : Sekiranya kita nak bayar duit insuran kereta pada bulan 5, kita boleh memilih giliran menerima wang undi tersebut pada bulan 5. Dapatlah ringankan beban pada bulan 5 tersebut.

    3. Sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan.
    Contoh : Sekarang bulan 4. Kita ingin memulakan perniagaan pada bulan 8. Mungkin untuk menyimpan, kita tidak dapat untuk mendapatkan jumlah yang kita inginkan. Jadi, dengan main kutu, dapat membantu kita mendapatkan modal perniagaan.

    4. Mengeratkan silaturrahim.
    Kadangkala, kita tak perasan yang dengan main undi, kita dapat mengeratkan hubungan sesama kawan di tempat kerja atau di kawasan perumahan kita. Tak pernah cuba? 🙂

    Di atas adalah beberapa kelebihan dalam bermain undi.
    Adakah para pembaca setuju dengan pendapat saya?
    Mungkin para pembaca dapat berikan lagi beberapa kelebihan main kutu.
    Meh kita kongsi sama-sama.

    Wassalam.

    https://hidier.wordpress.com

    Insuran – Perlu ke? Atau agen insuran tu tipu jek…?

    Assalamualaikum.

    Setiap yang hidup pasti akan mati. WAJIB. Manusia takkan hidup kekal selamanya.
    Manusia MUNGKIN sakit. Berapa peratuskah manusia di dunia ini yang TIDAK PERNAH sakit sepanjang hayatnya?
    Manusia juga SESEKALI terpaksa dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan oleh sakit.

    doktor

    Adakah terdapat di antara para pembaca yang ingin menafikan fakta-fakta di atas?
    Ingin mengaku “saya tidak akan mati” ?
    Ingin mengaku “aku PASTI takkan sakit” ?
    Ingin mengaku “aku YAKIN, aku tak akan dimasukkan ke dalam wad di hospital untuk mendapatkan rawatan” ?

    Mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah sakit, mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Malang tidak berbau. Tiada siapa yang boleh meramalkan masa depannya.

    aoi_kasa-11

    Oleh itu, timbullah pepatah melayu, yang berbunyi, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Kita tidak tahu bilakah hujan akan turun. Namun, jika kita dah sediakan payung awal-awal, payung tersebut dapat membantu kita sekiranya hujan turun. Bukan sekadar hujan, malah payung juga kadang-kadang digunakan ketika panas terik. Tak rugi sediakan payung awal-awal. Setuju tak?

    Begitu juga jika payung tersebut dianggap sebagai insuran.

    Tahukah anda terdapat beberapa jenis insuran yang boleh kita perolehi? Di sini saya senaraikan beberapa jenis insuran yang biasa ditemui.

    1. Insuran kereta/motor – saya rasa insuran jenis ini, hampir semua orang tahu. Kepada pemilik kenderaan, kenapakah anda memiliki insuran untuk kereta anda? Adakah kerana kesedaran anda terhadap pentingnya insuran jika berlaku sesuatu kemalangan ke atas kenderaan anda, ataupun disebabkan oleh undang-undang? 🙂

    2.  Insuran nyawa / Life Insurance – pernahkah anda dengar tentang insuran ini? Insuran nyawa adalah sejenis insuran yang akan memberikan pampasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas pemilik insuran tersebut seperti kematian, kehilangan keupayaan secara kekal atau mengidap penyakit kritikal.

    Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
    i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
    ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
    iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

    3. Medical Card – medical card adalah satu jenis insuran yang akan membayar kos rawatan perubatan di hospital sekiranya pemilik medical card tersebut dimasukkan ke dalam wad hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

    Di antara sebab-sebab perlunya Medical Card :
    i. Kos rawatan perubatan yang tinggi
    ii. Memudahkan kita untuk memilih hospital – swasta atau kerajaan – tanpa perlu memikirkan soal kos.
    iii. Peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik – juga kerana kita tidak perlu risaukan sangat soal kos perubatan

    Banyak lagi ye insuran yang boleh kita dapati.

    Untuk kali ini, saya berhenti di sini dahulu. Kita akan bincang lagi tentang insuran dalam posting yang lain. Banyak lagi yang boleh dikupas dalam tajuk insuran ini. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai sama ada perlukah kita mengambil insuran untuk diri kita dan juga keluarga kita, ataupun sebaliknya.

    Apakah pandangan anda terdapat insuran? Penting atau tidak?

    Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang saya ada.

    Wassalam.