Macam mana nak berjimat cermat?

Assalamualaikum.

Dulu, zaman saya budak-budak, ayah selalu bercerita kepada saya yang semasa zaman ayah budak-budak, harga barang-barang sangatlah murah. kagumnya saya waktu tu..
Sekarang bila dah besar gajah macam ni, teringat balik cerita ayah tu.
Mungkin cerita yang sama akan saya ceritakan kepada anak saya bila diorang dah besar sikit nanti.
“Jajan ni, zaman ayah kecik-kecik dulu, 20 sen jek tau harganya“..

Itulah realiti kehidupan.
Kalau dulu-dulu, RM10 ringgit dah boleh beli macam-macam,
sekarang ni, RM50 pon dah tak berapa nampak barang-barang yang boleh dibeli.
Kalau dulu-dulu, sayang nak pecahkan sekeping duit RM10 sebab takut cepat habis,
sekarang ni, sekejap jek boleh habis sekeping duit RM10 tu.

Memandangkan RM RM boleh mengalir laju untuk dihabiskan, tapi mengalir lesu untuk dapat,
apa kata kita cuba berjimat.
Buat yang ingin berjimat, mungkin kita boleh guna idea saya di bawah ni.
(idea jek tau..kalau ada salah dan silap, meh sama-sama kita betulkan).

1. Kurangkan makan di luar.
    – Cubalah masak dan makan di rumah. Perbezaan terlalu besar di antara masak sendiri dan makan di kedai.
   – Kalau waktu bekerja pulak, boleh la bawak bekal makanan yang dah dimasak kat rumah.
(Saya zaman sekolah rendah dulu, tiap-tiap hari bawak bekal yang mak masak. 50 sen yang ayah kasi, boleh di simpan).

2. Order air kosong
     – Kalau takde pilihan, kena makan kat luar juga, apa kata untuk minuman, order je air kosong.
Banyak beza harga di antara air kosong dan milo, sirap,air buah dll.
(Segan nak minum air kosong di kedai makan? wah..kita kan tengah bersembang tips untuk berjimat ni..hehe)

3. Kurangkan makan di Fast Food.
     – Zaman sekarang ni, KFC, McDonalds, Pizza dll (sekadar menyebut beberapa contoh) bukanlah restoran yang asing bagi kita di Malaysia. Hampir setiap orang pernah makan di sini. Kepada yang kerap makan di restoren seperti ini, bolehlah kurangkan ye lepas ni…Kalau biasa makan sebulan 2 kali, cubalah kurangkan jadi sebulan sekali.

4. Merokok?
     – Bab ni maybe sensitif sikit.hehe.
       Tapi kalau dapat berhenti merokok, memang banyak sangat jimatnya.
       Bukan kurangkan merokok tau, berhenti terus. Ada berani? hehe.. 🙂

5. Jimatkan air dan elektrik
    – Macam mana nak jimatkan air?
        i. Tutup air sewaktu gosok gigi.
           Biasanya orang suka biarkan air mengalir di singki ketika gosok gigi. Apsal ye?
       ii. Tutup air ketika bersabun
           Kalau mandi guna ‘air hujan’ tu, tutup lah sekejap air sewaktu bersabun. Kan dapat jimatkan air..

   – Macam mana nak jimatkan elektrik?
      i. Tutup kipas dan lampu di tempat yang tidak digunakan.
          Tengok TV kat ruang tamu, tapi kipas dalam bilik tidur yang takde orang tu terpasang. Kan dah membazir elektrik tu.
     ii. Seterika baju dalam kuantiti yang banyak untuk sekali seterika.

OK. 5 dulu idea dari saya.
Kawan-kawan ada idea lain tak yang bernas?
Meh berkongsi idea di sini.

Kad Kredit – kepentingan dan risiko!!! perlu ke ada kad kredit ni?

Assalamualaikum.
Saya selalu nasihatkan kawan-kawan saya agar mempunyai satu kad kredit untuk kegunaan sewaktu kecemasan. KENAPA?

images (1) 

Kad kredit, adalah nama moden untuk buku hutang. Betul tak? Kita sering menggunakan kad kredit untuk berhutang, dan membayar kembali hutang tersebut dalam satu tempoh waktu tertentu. Maksudnya, kad kredit dan buku hutang ada persamaan. Kan? Cuma mungkin nama kad kredit, nampak lebih hebat berbanding kalau dinamakan kad hutang. 🙂

Seringkali kita dapat dengar rungutan tentang masalah hutang akibat penggunaan kad kredit. YA BETUL. Kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba hutang jika tidak diuruskan dengan betul.

Gunakanlah kad kredit secara yang sebetulnya. Pasti kad kredit akan menjadi pembantu anda, bukannya perosak anda.

iryouhi

Meh kita samakan kad kredit dengan intenet. Dan kita menyalahgunakan intenet tersebut. Intenet yang sepatutnya digunakan sebagai media untuk mencari ilmu, menjalankan perniagaan intenet, perbankan dan lain-lain kegunaan yang mendapatkan faedah, telah digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang dan tidak berfaedah.

Contoh : menggunakan intenet untuk melayari halaman web lucah, mencari dan membaca cerita lucah, menyebarkan fitnah dan lain-lain perkara yang merosakkan. 

Jika dilihat dari kontek contoh di atas, pastinya intenet adalah satu media yang mendatangkan keburukan kepada penggunanya. Betul tak?

Begitu juga lah dengan penggunaan kad kredit. Dalam keadaan tersesak, kadang-kadang kad kredit dapat membantu kita.

Meh saya berikan contoh kebaikan menggunakan kad kredit yang berlaku pada diri saya sendiri.

Pada cuti raya cina 2 tahun yang lepas, anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital pakar. Saya boleh claim ataupun dapatkan GL untuk kos perubatan anak-anak saya di syarikat saya bekerja. Namun, memandangkan hari tersebut adalah hari cuti panjang raya cina, saya terpaksa membayar sendiri terlebih dahulu.

Di sini lah kad kredit dapat membantu saya. Dah dapat duit claim, saya bayarlah hutang kad kredit tu.

Banyak lagi kebaikan menggunakan kad kredit. Jika dilakukan dengan cara yang betul.Boleh para pembaca senaraikan lagi contoh-contoh kegunaan kad kredit di masa kecemasan?

Wang mudah…wang mudah – Ada ka?

Assalamualaikum.
 
 
“Kerja mudah. Tak perlu jual barang, tak perlu buat apa-apa. Hanya sertai skim kami dan wang akan masuk beribu-ribu ringgit sehari ke dalam akaun anda”.
Wah..bestnya.Teruja betoi membacanya.
 
Pernahkah anda membaca iklan yang nak macam ayat kat atas tu? Iklan wang mudah begitu senang sangat nak jumpa sekarang ni. Kalau kat intenet, lagi lah banyak.
Betul ke ada kerja yang mudah begitu?
Mungkin ada, tapi………. hm..ntah la ye. Yang biasa saya jumpa adalah yang jenis penipuan je.
 
Siapa yang tak nak menjadi kaya dengan cara yang mudah dan pantas. Betul kan?
Sebab itu lah kalau ada skim yang menawarkan pulangan yang tinggi setiap bulan, pasti mendapat sambutan yang menggalakkan.
 
Contoh : pulangan 20% sebulan secara tetap. Terjamin.
 
Bila sebut pulangan tetap dan terjamin tu yang “mengkompiuskan” saya. Bukankah setiap perkara ada risikonya yang tersendiri?
Orang kata, low risk, low return..high risk, high return.
Tapi kalau dah pulangan terjamin, maksudnye NO RISK lah kan? NO RISK HIGH RETURN?
Ada ke perniagaan yang terjamin begitu? Kalau gitu, tak perlulah para peniaga,usahawan,jutawan,bilionwan pening kepala. 🙂
 
Jadi, berhati-hati lah ya bila nak sertai apa-apa skim. Saya hanya boleh menasihatkan dan berkongsi pandangan dengan para pembaca. Tuan-puan lah sendiri yang menentukan.
 
Pernahkah anda mengalami pengalaman menjadi mangsa skim penipuan cepat kaya?
Berkongsilah pengalaman anda di sini.
 

Perlu ke insuran?

Assalamualaikum.

Dewasa ini kita dah biasa dengar perkataan insuran.
Insuran bukan lah lagi perkara yang pelik untuk masyarakat kita. Kebanyakkan kita sekarang sudah mempunyai insuran, sama ada ambil oleh diri sendiri, ibu bapa yang buat, ataupun diberikan oleh syarikat tempat kita bekerja.

Penting sangat ke insuran ni?
Kalau tak amik insuran, macam mana?
Kenapa perlu kita ambil insuran?
Adakah insuran ini merugikan kita?
Atau pun, adakah insuran ini menguntungkan kita?

Ada orang kata, “saya x nak lah insuran.rugi jek amik insuran ni.bukan dapat apa-apa pon… menguntungkan syarikat insuran jek“.

Ada orang kata, “saya xde insuran pon takpe. saya byk duit dalam bank. kalau jadi apa-apa, saya guna jek duit saya tu“.

Ada orang kata, “nasib baik saya amik insuran. hari tu saya masuk wad, beribu-ribu jugaklah kosnye. nasib baik ada insuran. so dapat lah bayar guna insuran“.

Ada orang kata, “tak sia-sia aku amik insuran. dapat jugak pampasan akibat eksiden hari tu“.

Itulah realitinya pandangan orang kita terhadap insuran. Ada yang positif, ada yang negatif. Lain orang, lain pandangannya terhadap insuran.

Anda pula macam mana? Adakah anda bersetuju bahawa kita perlu mengambil insuran? Atau adakah anda menganggap insuran hanyalah membuang duit?

Mari kita bincangkan.

“Berkongsi ilmu, tidak akan mengurangkan ilmu kita. Bahkan dapat meningkatkan lagi pemahaman kita”

Berapakah anda menyimpan sebulan?

Assalamualaikum.

“Sikit-sikit, lama-lama jadi jadi bukit”

Mesti kita biasa dengar pepatah di atas kan.

money

Daripada jumlah pendapatan bulanan kita, berapa banyakkah yang kita belanjakan? Bagaimanakah kita menguruskan simpanan bulanan kita?
Adakah kita menyimpan dahulu, kemudian baru berbelanja?
Ataupun, kita berbelanja dahulu, baki yang kita ada barulah kita jadikan sebagai simpanan?

Ha..kepada yang menyimpan dahulu, kemudian berbelanja, senang lah nak kira. Kita dah tahu berapa yang dapat kita simpan tiap-tiap bulan.
Tapi kepada yang berbelanja dahulu, kemudian baru menyimpan, macam mana pulak? Berapa ye yang dapat disimpan tiap-tiap tu? Dapat simpan tak,,,? Ke semuanya habis dibelanjakan? 🙂

Untuk yang baru berjinak-jinak untuk menyimpan, apa kata ambil pen dan kertas untuk tuliskan pendapatan dan perbelanjaan wajib untuk setiap bulan. Kemudian, tetapkan berapa pulak yang hendak disimpan setiap bulan. Yang lebihnya tu barulah kita gunakan untuk berbelanja.

Dalam posting berikutnya, kita bincang details sikit ye pasal simpanan dan perbelanjaan tu ye. Hari ni just mukadimah. Kirakan dulu siap-siap berapa income dan perbelanjaan wajib tu ye. 🙂

Selamat merancang kewangan anda.

Menabung : Paksa atau Rela?

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di ruangan Bicara Kewangan Anda.
Hari ini saya mengambil ‘Tabung‘ sebagai topik perbincangan.

Berapa ramai agak-agaknya di antara kita kat sini yang mempunyai tabung? Apakah kebaikan menabung?
Bagaimana untuk mendisplinkan diri dalam menabung?

Perasan tak, apabila kita membeli sesuatu, biasanya harga barangan tersebut mempunyai nilai sen?
Contoh : RM1.30, RM8.70, RM95.30, dll
Dan… kita akan membayar dalam nilai genap. RM2, RM10, RM100, dll Baki wang syiling yang kita dapat tu, ke mana menghilang?

Adakah kita belanjakan syiling-syiling tersebut?
Adakah kita masukkan ke dalam dompet/handbeg?
Adakah kita masukkan ke dalam poket seluar?
Ha..apa kata kalau syiling-syiling tu di masukkan ke dalam tabung?

Untuk kes saya sendiri :
Biasanya duit syiling yang lebih-lebih dari berbelanja harian, saya akan masukkan ke dalam tabung.

Target : lepas 2,3 bulan – bila tabung dah penuh – bawak anak bini pegi makan sushi kat sushi king. So takde lah terasa berat sangat nak tampung kos makan sushi.. sekali sekala kan.. 🙂

Kawan-kawan pulak macam mana?
Ada tak yg suka menabung dan ada target tak duit tabung nak guna untuk apa?
Meh berkongsi pengalaman kat sini.

Jom menabung…

Pengaliran keluar masuk wang

Assalamualaikum.

Sebagai mukadimah untuk posting pertama blog ini, meh kita berkenalan dengan pengurusan kewangan yang biasa kita tahu tapi jarang kita lakukan.

Pengaliran keluar masuk wang

Bagaimanakah kita menguruskan kewangan kita?
Adakah kita menyimpan untuk masa depan dan juga untuk kecemasan? Adakah kita berbelanja dahulu, bakinya baru dijadikan simpanan atau, menyimpan dahulu dan bakinya dibelanjakan?
Pernah tak kita melihat/mengira aliran keluar masuk wang kita?

Mari kita kira perjalanan keluar masuk wang kita dalam tempoh bulanan.

Aliran Masuk:
1. Pendapatan Tetap
Berapakah pendapat bulanan kita? Berapa pula pendapat tahunan kita? RMxxxxx

2. Pendapatan sampingan
Adakah kita mempunyai sumber pendapatan yang lain selain pendapatan tetap?
Jika ya, berapakah pendapatan sampingan kita dalam sebulan? RMxxxxx

Aliran Keluar:
1. Perbelanjaan Tetap
Jumlah yang wajib di bayar setiap bulan dan jumlahnya adalah tetap pada setiap bulan.
Contoh perbelanjaan tetap : Sewa/ansuran rumah, ansuran kereta, insuran

2. Perbelanjaan Wajib tapi jumlah berubah setiap bulan
Contoh : Bil elektrik, Bil air, Bil telefon, barang keperluan rumah seperti beras, ikan, ayam dll.
Walaupun jumlahnya adalah berubah setiap bulan, tapi kita boleh mendapatkan anggaran.

3. Perbelanjaan Sampingan
Banyak wang kita mengalir di dalam perbelanjaan sampingan ini, yang mana kadangkala kita tak perasan. Sedar-sedar, wang sudah habis dibelanjakan.
Contoh : Fast Food (KFC,McD, Pizza dll), Sukan (Bowling,Futsal, Badminton dll), Alat make-up

Daripada contoh-contoh aliran keluar masuk wang di atas, kita melihat keadaan ‘kesihatan’ kewangan kita.
Bagaimana kesihatan kewangan anda? Plus atau Minus?

Jumpa lagi untuk ulasan kewangan dalam posting yang lain.

Ada permintaan untuk tajuk posting berikutnya dari para pembaca?