Posts Tagged ‘ Bicara Kewangan ’

Fail To Plan, is Plan To Fail?

Assalamualaikum para pembaca Bicara Kewangan Kita.

Secara asasnya, kita telah sedia maklum dengan idea-idea berikut :

1. Rancang aliran masuk dan keluar wang

2. Catatkan perbelanjaan harian

3. Ambil 10% dari pendapatan untuk dijadikan simpanan.

Tapi, berapa ramai yang dapat buat? πŸ™‚

Sudahkah kita merancang pengurusan kewangan kita?

hurdles

 
”Gagal untuk merancang, merancang untuk gagal.”

Kad Kredit – kepentingan dan risiko!!! perlu ke ada kad kredit ni?

Assalamualaikum.
Saya selalu nasihatkan kawan-kawan saya agar mempunyai satu kad kredit untuk kegunaan sewaktu kecemasan. KENAPA?

images (1) 

Kad kredit, adalah nama moden untuk buku hutang. Betul tak? Kita sering menggunakan kad kredit untuk berhutang, dan membayar kembali hutang tersebut dalam satu tempoh waktu tertentu. Maksudnya, kad kredit dan buku hutang ada persamaan. Kan? Cuma mungkin nama kad kredit, nampak lebih hebat berbanding kalau dinamakan kad hutang. πŸ™‚

Seringkali kita dapat dengar rungutan tentang masalah hutang akibat penggunaan kad kredit. YA BETUL. Kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba hutang jika tidak diuruskan dengan betul.

Gunakanlah kad kredit secara yang sebetulnya. Pasti kad kredit akan menjadi pembantu anda, bukannya perosak anda.

iryouhi

Meh kita samakan kad kredit dengan intenet. Dan kita menyalahgunakan intenet tersebut. Intenet yang sepatutnya digunakan sebagai media untuk mencari ilmu, menjalankan perniagaan intenet, perbankan dan lain-lain kegunaan yang mendapatkan faedah, telah digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang dan tidak berfaedah.

Contoh : menggunakan intenet untuk melayari halaman web lucah, mencari dan membaca cerita lucah, menyebarkan fitnah dan lain-lain perkara yang merosakkan. 

Jika dilihat dari kontek contoh di atas, pastinya intenet adalah satu media yang mendatangkan keburukan kepada penggunanya. Betul tak?

Begitu juga lah dengan penggunaan kad kredit. Dalam keadaan tersesak, kadang-kadang kad kredit dapat membantu kita.

Meh saya berikan contoh kebaikan menggunakan kad kredit yang berlaku pada diri saya sendiri.

Pada cuti raya cina 2 tahun yang lepas, anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital pakar. Saya boleh claim ataupun dapatkan GL untuk kos perubatan anak-anak saya di syarikat saya bekerja. Namun, memandangkan hari tersebut adalah hari cuti panjang raya cina, saya terpaksa membayar sendiri terlebih dahulu.

Di sini lah kad kredit dapat membantu saya. Dah dapat duit claim, saya bayarlah hutang kad kredit tu.

Banyak lagi kebaikan menggunakan kad kredit. Jika dilakukan dengan cara yang betul.Boleh para pembaca senaraikan lagi contoh-contoh kegunaan kad kredit di masa kecemasan?

Menabung : Paksa atau Rela?

Assalamualaikum.

Bertemu kembali di ruangan Bicara Kewangan Anda.
Hari ini saya mengambil ‘Tabung‘ sebagai topik perbincangan.

Berapa ramai agak-agaknya di antara kita kat sini yang mempunyai tabung? Apakah kebaikan menabung?
Bagaimana untuk mendisplinkan diri dalam menabung?

Perasan tak, apabila kita membeli sesuatu, biasanya harga barangan tersebut mempunyai nilai sen?
Contoh : RM1.30, RM8.70, RM95.30, dll
Dan… kita akan membayar dalam nilai genap. RM2, RM10, RM100, dll Baki wang syiling yang kita dapat tu, ke mana menghilang?

Adakah kita belanjakan syiling-syiling tersebut?
Adakah kita masukkan ke dalam dompet/handbeg?
Adakah kita masukkan ke dalam poket seluar?
Ha..apa kata kalau syiling-syiling tu di masukkan ke dalam tabung?

Untuk kes saya sendiri :
Biasanya duit syiling yang lebih-lebih dari berbelanja harian, saya akan masukkan ke dalam tabung.

Target : lepas 2,3 bulan – bila tabung dah penuh – bawak anak bini pegi makan sushi kat sushi king. So takde lah terasa berat sangat nak tampung kos makan sushi.. sekali sekala kan.. πŸ™‚

Kawan-kawan pulak macam mana?
Ada tak yg suka menabung dan ada target tak duit tabung nak guna untuk apa?
Meh berkongsi pengalaman kat sini.

Jom menabung…