Posts Tagged ‘ insuran nyawa ’

Insuran – Meh berkenalan dengan insuran nyawa

Assalamualaikum.

images (2) (image adalah hasil carian gi google)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Bila-bila sahaja ajal boleh menjemput kita. Tiada siapa yang boleh melarikan diri dari kematian. Pergi lah ke benua mana sekali pun, masuklah ke dalam bilik kebal yang tidak dapat diletupkan, buatlah apa sahaja, pastilah tidak dapat untuk memanjangkan umur kita walau seminit. Tapi kita tidak tahu bila, di mana dan bagaimana kita akan mati.

Memandangkan kematian ini adalah satu perkara yang pasti, sudahkah kita bersedia?

Berbalik kepada tajuk perbincangan kita pada kali ini, Insuran Nyawa / Life Insurance adalah salah satu persediaan kewangan kepada waris kita setelah kita meninggalkan dunia ini. Merujuk kepada posting yang lepas pada tajuk “Insuran – Perlu Ke? Atau Agen Insuran Tu Tipu Jek…?” ,

Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

life-insurance(image adalah hasil carian gi google)

Secara umumnya, apakah yang dimaksudkan dengan Insuran Nyawa / Life Insurance?
Insuran Nyawa / Life Insurance adalah satu jenis insuran yang mana syarikat insuran yang memberikan polisi kepada pemilik polisi insuran akan memberikan pampasan dalam bentuk wang kepada pewaris pemilik polisi sekiranya berlaku kematian kepada pemilik polisi insuran nyawa tersebut.

Hm..nak senang cerita, terang macam ni lah (OK tak kalau terang gini?mudah faham tak? 🙂 ) :

"kalau kita beli insuran nyawa, kemudian kita mati, waris kita akan dapat duit dari syarikat insuran yang kita beli tu”. Duit yang pewaris kita dapat tu, bergantung kepada berapa nilai insuran nyawa yang kita dah beli.

Pampasan untuk insuran nyawa akan diberikan apabila seseorang pemilik insuran tersebut meninggal dunia tanpa mengira sebab-sebab kematian. Tidak kiralah kematian tersebut berpunca dari penyakit, mati mengejut (dah sampai ajal), kemalanngan, atau bunuh diri (kes bunuh diri – bergantung kepada syarat dalam polisi. Sila semak polisi anda)

Insuran nyawa ni, selalunya ditambahkan dengan perlindungan lain seperti perlindungan apabila dilanda musibah Kehilangan Keupayaan Kekal dan Penyakit Kritikal.
* Sila dapatkan keterangan lanjut mengenai insuran di syarikat insuran atau agen-agen insuran.

Mungkin tak, ada para pembaca yang mempertikaikan berkenaan insuran nyawa ni. 
  – “buat apa dapat duit lepas aku mati, yang best waris aku la…baik tak payah ambik”.

Apa pendapat anda mengenai Insuran Nyawa / Life Insurance ? Jom berkongsi pendapat di sini.

https://hidier.wordpress.com

Advertisements

Insuran – Perlu ke? Atau agen insuran tu tipu jek…?

Assalamualaikum.

Setiap yang hidup pasti akan mati. WAJIB. Manusia takkan hidup kekal selamanya.
Manusia MUNGKIN sakit. Berapa peratuskah manusia di dunia ini yang TIDAK PERNAH sakit sepanjang hayatnya?
Manusia juga SESEKALI terpaksa dimasukkan ke dalam wad di hospital disebabkan oleh sakit.

doktor

Adakah terdapat di antara para pembaca yang ingin menafikan fakta-fakta di atas?
Ingin mengaku “saya tidak akan mati” ?
Ingin mengaku “aku PASTI takkan sakit” ?
Ingin mengaku “aku YAKIN, aku tak akan dimasukkan ke dalam wad di hospital untuk mendapatkan rawatan” ?

Mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah sakit, mungkin kita boleh mengaku kita tidak pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Malang tidak berbau. Tiada siapa yang boleh meramalkan masa depannya.

aoi_kasa-11

Oleh itu, timbullah pepatah melayu, yang berbunyi, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Kita tidak tahu bilakah hujan akan turun. Namun, jika kita dah sediakan payung awal-awal, payung tersebut dapat membantu kita sekiranya hujan turun. Bukan sekadar hujan, malah payung juga kadang-kadang digunakan ketika panas terik. Tak rugi sediakan payung awal-awal. Setuju tak?

Begitu juga jika payung tersebut dianggap sebagai insuran.

Tahukah anda terdapat beberapa jenis insuran yang boleh kita perolehi? Di sini saya senaraikan beberapa jenis insuran yang biasa ditemui.

1. Insuran kereta/motor – saya rasa insuran jenis ini, hampir semua orang tahu. Kepada pemilik kenderaan, kenapakah anda memiliki insuran untuk kereta anda? Adakah kerana kesedaran anda terhadap pentingnya insuran jika berlaku sesuatu kemalangan ke atas kenderaan anda, ataupun disebabkan oleh undang-undang? 🙂

2.  Insuran nyawa / Life Insurance – pernahkah anda dengar tentang insuran ini? Insuran nyawa adalah sejenis insuran yang akan memberikan pampasan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini ke atas pemilik insuran tersebut seperti kematian, kehilangan keupayaan secara kekal atau mengidap penyakit kritikal.

Di antara sebab-sebab Kenapa perlu Insuran Nyawa :
i. Kematian yang tidak tahu bila akan datang.
ii. Dana untuk membayar hutang sekiranya kematian datang sebelum sempat dilunaskan hutang.
iii. Bekalan buat anak-anak dan isteri serta keluarga andai kata kematian datang tanpa persediaan.

3. Medical Card – medical card adalah satu jenis insuran yang akan membayar kos rawatan perubatan di hospital sekiranya pemilik medical card tersebut dimasukkan ke dalam wad hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan.

Di antara sebab-sebab perlunya Medical Card :
i. Kos rawatan perubatan yang tinggi
ii. Memudahkan kita untuk memilih hospital – swasta atau kerajaan – tanpa perlu memikirkan soal kos.
iii. Peluang untuk mendapatkan rawatan yang lebih baik – juga kerana kita tidak perlu risaukan sangat soal kos perubatan

Banyak lagi ye insuran yang boleh kita dapati.

Untuk kali ini, saya berhenti di sini dahulu. Kita akan bincang lagi tentang insuran dalam posting yang lain. Banyak lagi yang boleh dikupas dalam tajuk insuran ini. Terpulanglah kepada para pembaca untuk menilai sama ada perlukah kita mengambil insuran untuk diri kita dan juga keluarga kita, ataupun sebaliknya.

Apakah pandangan anda terdapat insuran? Penting atau tidak?

Saya hanya sekadar berkongsi ilmu yang saya ada.

Wassalam.

Perlu ke insuran?

Assalamualaikum.

Dewasa ini kita dah biasa dengar perkataan insuran.
Insuran bukan lah lagi perkara yang pelik untuk masyarakat kita. Kebanyakkan kita sekarang sudah mempunyai insuran, sama ada ambil oleh diri sendiri, ibu bapa yang buat, ataupun diberikan oleh syarikat tempat kita bekerja.

Penting sangat ke insuran ni?
Kalau tak amik insuran, macam mana?
Kenapa perlu kita ambil insuran?
Adakah insuran ini merugikan kita?
Atau pun, adakah insuran ini menguntungkan kita?

Ada orang kata, “saya x nak lah insuran.rugi jek amik insuran ni.bukan dapat apa-apa pon… menguntungkan syarikat insuran jek“.

Ada orang kata, “saya xde insuran pon takpe. saya byk duit dalam bank. kalau jadi apa-apa, saya guna jek duit saya tu“.

Ada orang kata, “nasib baik saya amik insuran. hari tu saya masuk wad, beribu-ribu jugaklah kosnye. nasib baik ada insuran. so dapat lah bayar guna insuran“.

Ada orang kata, “tak sia-sia aku amik insuran. dapat jugak pampasan akibat eksiden hari tu“.

Itulah realitinya pandangan orang kita terhadap insuran. Ada yang positif, ada yang negatif. Lain orang, lain pandangannya terhadap insuran.

Anda pula macam mana? Adakah anda bersetuju bahawa kita perlu mengambil insuran? Atau adakah anda menganggap insuran hanyalah membuang duit?

Mari kita bincangkan.

“Berkongsi ilmu, tidak akan mengurangkan ilmu kita. Bahkan dapat meningkatkan lagi pemahaman kita”