Posts Tagged ‘ main kut ’

Tips menyimpan : Main kutu

Assalamualaikum.


(gambar adalah sekadar hiasan)

“Bulan 4 ni nak kena bayar duit insuran kereta..mana nak cari duit ni..”
“Hmm..raya nanti banyak duit nak pakai…”
“Cuti sekolah nanti nak bertunang lah..”

Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menyimpan wang bagi memenuhi keinginan masing-masing seperti contoh dalam ayat-ayat di atas.
Ada yang nak pakai duit di awal tahun, ada yang nak guna duit pada musim perayaan, ada yang nak duit di musim cuti sekolah, dan lain-lain lagi.

Bagaimanakah cara anda menyimpan?

Dalam artikel hari ini, saya ingin berkongsi satu cara yang dah lama diamalkan oleh orang kita. Saya dah lihat cara ini sejak dari saya kecil sehinggalah sekarang.
Cara ini biasanya dinamakan Main Undi atau Main Kutu. (kalau loghat bahasa tempat saya, depa panggil main kut).

Mungkin para pembaca pernah dengar istilah ini dan juga mungkin dah biasa main.

Main undi ni, caranya mudah sahaja. Undi ini dimainkan secara berkumpulan. Biasanya terdiri dari beberapa orang yang telah bersetuju untuk main undi. Ahli-ahli juga biasanya orang yang dipercayai sesama sendiri seperti kawan-kawan, ahli keluarga atau rakan sekerja.
Setiap ahli akan membayar/memberikan wang dalam jumlah yang sama kepada orang ketua main undi tersebut. Wang yang dikumpul akan diserahkan kepada penerima pada setiap pusingan. Ada yang bermain secara mingguan, ada yang bermain secara bulanan.

Begitulah secara ringkas berkenaan cara bermain undi.

Apakah kelebihan main undi?
Di antara kelebihannya :-

1. Mendisplinkan diri untuk menyimpan.
Dengan bermain undi, kita telah menyediakan satu jumlah yang tertentu untuk dijadikan sebagai simpanan. Ini dapat melatih kita berdisplin dalam menyimpan.

2. Membolehkan kita merancang perbelanjaan.
Contoh : Sekiranya kita nak bayar duit insuran kereta pada bulan 5, kita boleh memilih giliran menerima wang undi tersebut pada bulan 5. Dapatlah ringankan beban pada bulan 5 tersebut.

3. Sebagai modal perniagaan secara kecil-kecilan.
Contoh : Sekarang bulan 4. Kita ingin memulakan perniagaan pada bulan 8. Mungkin untuk menyimpan, kita tidak dapat untuk mendapatkan jumlah yang kita inginkan. Jadi, dengan main kutu, dapat membantu kita mendapatkan modal perniagaan.

4. Mengeratkan silaturrahim.
Kadangkala, kita tak perasan yang dengan main undi, kita dapat mengeratkan hubungan sesama kawan di tempat kerja atau di kawasan perumahan kita. Tak pernah cuba? 🙂

Di atas adalah beberapa kelebihan dalam bermain undi.
Adakah para pembaca setuju dengan pendapat saya?
Mungkin para pembaca dapat berikan lagi beberapa kelebihan main kutu.
Meh kita kongsi sama-sama.

Wassalam.

https://hidier.wordpress.com

Advertisements