Kad Kredit – kepentingan dan risiko!!! perlu ke ada kad kredit ni?

Assalamualaikum.
Saya selalu nasihatkan kawan-kawan saya agar mempunyai satu kad kredit untuk kegunaan sewaktu kecemasan. KENAPA?

images (1) 

Kad kredit, adalah nama moden untuk buku hutang. Betul tak? Kita sering menggunakan kad kredit untuk berhutang, dan membayar kembali hutang tersebut dalam satu tempoh waktu tertentu. Maksudnya, kad kredit dan buku hutang ada persamaan. Kan? Cuma mungkin nama kad kredit, nampak lebih hebat berbanding kalau dinamakan kad hutang. 🙂

Seringkali kita dapat dengar rungutan tentang masalah hutang akibat penggunaan kad kredit. YA BETUL. Kad kredit boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba hutang jika tidak diuruskan dengan betul.

Gunakanlah kad kredit secara yang sebetulnya. Pasti kad kredit akan menjadi pembantu anda, bukannya perosak anda.

iryouhi

Meh kita samakan kad kredit dengan intenet. Dan kita menyalahgunakan intenet tersebut. Intenet yang sepatutnya digunakan sebagai media untuk mencari ilmu, menjalankan perniagaan intenet, perbankan dan lain-lain kegunaan yang mendapatkan faedah, telah digunakan untuk perkara-perkara yang dilarang dan tidak berfaedah.

Contoh : menggunakan intenet untuk melayari halaman web lucah, mencari dan membaca cerita lucah, menyebarkan fitnah dan lain-lain perkara yang merosakkan. 

Jika dilihat dari kontek contoh di atas, pastinya intenet adalah satu media yang mendatangkan keburukan kepada penggunanya. Betul tak?

Begitu juga lah dengan penggunaan kad kredit. Dalam keadaan tersesak, kadang-kadang kad kredit dapat membantu kita.

Meh saya berikan contoh kebaikan menggunakan kad kredit yang berlaku pada diri saya sendiri.

Pada cuti raya cina 2 tahun yang lepas, anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital pakar. Saya boleh claim ataupun dapatkan GL untuk kos perubatan anak-anak saya di syarikat saya bekerja. Namun, memandangkan hari tersebut adalah hari cuti panjang raya cina, saya terpaksa membayar sendiri terlebih dahulu.

Di sini lah kad kredit dapat membantu saya. Dah dapat duit claim, saya bayarlah hutang kad kredit tu.

Banyak lagi kebaikan menggunakan kad kredit. Jika dilakukan dengan cara yang betul.Boleh para pembaca senaraikan lagi contoh-contoh kegunaan kad kredit di masa kecemasan?

  1. Me Xkeje lagi.

    kal0 dah keje. kad kedit mesti riban2 pastu muflis ekeke*

    • Miss Lolly : 🙂
      kena belajar lah cara nak guna kad kredit tu

  2. kad debit guna utk apa plak?
    aku amat konfius

    • kad debit tu, duit dah ada dalam bank..bila kita guna, akan ditolak terus dari acc bank kita.
      kad kredit ni, kad hutang..dalam kad kredit takde duit..

  3. erm kredit card kalau betul guna pada tempatnya memang boleh buat duit…

  4. betul gak tu…

    • amiwany
    • April 28th, 2010

    kami prnh mghdpi situasi yg sama..yg bgsnya hubby sy ni mmg kedekut nk guna cc dia..btl2 perlu je br guna…pd sesapa yg mmg kaki shopping x yhlh ada cc ni..bhy….blanja lh ikut kemampuan…kawal nafsu tu…

  5. nak amik kad kredit tu bacala terms and condition dulu..teliti betul..tgk sapa2 dia buat collaboration. mana yg berkaitan boleh guna cc tu..dapat diskaun..lebih menjimatkan..tapi make sure la once buat purchase terus buat repayment utk elakkan interest. yang penting kene displin..

    • faizura
    • April 30th, 2010

    salah tu hidet… kad kredit tu byk gunanya…. jgn pk conservative sgt…kalau tau cara… so, silalah maxkan limit kad kredit anda n zura akan ajar mcm mana nak carik duit dgn kad kredit…. heh, managed to make 120k dgn hanya spend bout 11k in less than a year 😀

    • faizura
    • April 30th, 2010

    in fact, kalau asyik guna cash…kita langsung xtau duit pi mana…. tetiba ja abih…langsung tak blh trace…tapi kalau guna kad kredit nih…. at least ada statement, so kita blh tau apa yang kita spend, n dari situ kita blh tgk patent n manage the money wisely…. its all abut mindset… card credit tu byk gila gunanya… n blh buat duit some more… nanti zura ajaq pelan2 k… 🙂

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to zik Cancel reply